Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Satu Lagi Gempa Bumi Lemah ‘Gegar’ Johor, Malaysia

Hannah
lagi gempa johor
Gambar: METMalaysia

Satu Lagi Gempa Bumi Lemah ‘Gegar’ Johor, Malaysia

Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Johor, Malaysia, pada jam 9.00 pagi, hari ini.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur, dengan magnitud 2.8 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 28 kilometer Barat Laut Kluang, Johor, dengan kedalaman 10 kilometer.

Difahamkan, gegaran turut dirasai di Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.

Bagaimanapun, METMalaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini.

METMalaysia juga menegaskan bahawa pihak mereka akan terus memantau perkembangan situasi ini.

Justeru itu, orang ramai, khususnya mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini, digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan mengisi borang soal selidik ini.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.

BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat, Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh

Sumber: METMalaysia