Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
anak kecil baring di pusara
Kredit: @yourjulliet via TikTok
Tiada Kategori

Sebak, Anak Kecil Lepas Rindu Baring Di Tengah Pusara Ibu & Ayah

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sebak, Anak Kecil Lepas Rindu Baring Di Tengah Pusara Ibu & Ayah

Kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga sering diibaratkan sebagai permata berharga yang melengkapi kehidupan suami isteri. Anak bukan sahaja menjadi penyeri rumah tangga, malah membawa kebahagiaan, keceriaan dan harapan baharu dalam sesebuah keluarga.

Namun begitu, pada kaca mata seorang anak, ibu bapa adalah “dunia” mereka.

Membesar dalam dakapan ibu bapa adalah anugerah yang tidak ternilai. Akan tetapi, tidak semua anak berpeluang merasai kasih sayang dan belaian daripada kedua-dua insan tersayang itu.

Kehilangan ibu dan ayah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa seorang anak. Mereka bukan sahaja kehilangan tempat bergantung, malah turut kehilangan kasih sayang, perhatian, serta bimbingan yang sepatutnya menjadi panduan dalam perjalanan hidup mereka.

Sedih, anak kecil baring di tengah pusara ibu dan ayah

Baru-baru ini, seorang anak kecil menjadi tular di media sosial apabila dilihat sedang berbaring beralaskan tikar di antara pusara ibu dan ayahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @yourjulliet, momen adiknya sedang baring di tengah pusara seolah-olah menggambarkan keinginan untuk kembali merasai kehangatan dakapan ibu dan belaian kasih seorang ayah mereka.

Ia mengundang sebak ramai apabila jelas kelihatan kerinduan mendalam seorang anak terhadap kedua-dua insan tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya.

Menurut @yourjulliet, ibu mereka meninggal dunia ketika melahirkan adiknya pada tahun 2018, manakala ayahnya pula menghembuskan nafas terakhir akibat serangan angin ahmar pada Jun lalu.

Difahamkan, mereka mempunyai tiga orang adik-beradik lain yang kini menetap bersama nenek di sebelah arwah ayah mereka.

“Tunggu kami di sana,” ujar @yourjulliet dalam kapsyen, seolah-olah meluahkan rindu yang tidak pernah padam.

“Sakitnya sampai di sini”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa simpati dan menitipkan doa agar anak tersebut membesar dengan penuh ketabahan.

“Sebaknya tengok dia baring macam tu,” komen seorang wargamaya.

“Akak baru kehilangan mak dah separuh gila, apatah lagi adik yang hilang kedua-duanya. Allah tahu betapa kuatnya adik,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Puji Sedap, Mat Saleh Terus ‘Jatuh Hati’ Dengan Nasi Kerabu

Sumber: @yourjulliet via TikTok