Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kanak-Kanak Hilang, Enrique Bong Ditemui Selamat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam akhirnya ditemui selamat petang ini.
Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, mangsa, Enrique Bong Kai Cen, seorang kanak-kanak istimewa (autisme), dilaporkan hilang pada 24 Ogos sekitar jam 4.15 petang di Jalan Kim Chu Sin, Batu Kawa.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan pada jam 6.17 petang Ahad lalu sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.
Dalam kenyataan sebentar tadi, beliau menjelaskan mangsa telah ditemui selamat kira-kira 200 meter dari rumahnya berhampiran tebing sungai, pada jam 5.15 petang tadi.
“Mangsa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” kata beliau.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pasukan penyelamat serta masyarakat setempat yang terlibat dalam operasi tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan bahawa penemuan Enrique turut dibantu oleh penggunaan dron yang dikendalikan ahli keluarganya.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pencarian dijalankan dengan dua kaedah iaitu melalui darat dan sungai.
Bagi pencarian darat, anggota bomba menyusuri hutan serta denai dalam radius 300 meter dari rumah mangsa sehingga ke arah sungai.
Manakala bagi pencarian di air, sebuah bot polis digunakan untuk menjejaki mangsa sejauh empat kilometer hingga ke Kampung Sejijak.
BACA: 14 Rakyat Palestin Termasuk 3 Wartawan Terbunuh Dalam Serangan Ke Atas Hospital Gaza
Sumber: Polis IPD Padawan, Sarawak Edition