Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KLIA Mulakan Ujian Sistem VAMS, Ini Perkara Penting Yang Pemandu Kena Ambil Tahu

Iqbal Yasir
sistem vams klia perkara pemandu
Gambar: KL International Airport

KLIA Mulakan Ujian Sistem VAMS, Ini Perkara Penting Yang Pemandu Kena Ambil Tahu

Bermula 1 September 2025, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memulakan percubaan sistem baharu Vehicle Access Management System (VAMS).

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, terminal sering menjadi tanggapan pertama dan terakhir pengembara tentang Malaysia.

Oleh itu, pengenalan tempoh percubaan VAMS ini seiring dengan matlamat KLIA untuk mewujudkan persekitaran lapangan terbang yang lebih selamat, lebih cekap, dan mesra penumpang.

Difahamkan, percubaan sistem VAMS ini dijalankan di Terminal 1, Aras 5 (ruang pelepasan/drop-off) dan Aras 3 (ruang ketibaan/pick-up) sehingga 30 November.

Manakala bagi Terminal 2, ia bakal bermula pada 15 September dan diteruskan sehingga tarikh tamat yang sama di Terminal 1.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai sistem VAMS ini di bawah.

Apa itu VAMS?

Vehicle Access Management System (VAMS) atau Kawalan Akses Kenderaan merupakan sistem yang berfungsi mengawal kemasukan dan keluar bertempoh melalui palang automatik.

Sistem ini direka bertujuan untuk mengurangkan kesesakan akibat hentian tidak sah atau berhenti terlalu lama di tepi jalan (kerbside), khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Bagaimana VAMS Berfungsi?

Semasa tempoh percubaan

  • Kenderaan yang yang memasuki zon drop-off atau pick-up perlu melalui palang automatik (barrier gate)

  • Pemandu akan diberikan tempoh 10 minit percuma untuk menurunkan atau mengambil penumpang

  • Sistem akan merekodkan masa masuk dan keluar bagi mengesan tempoh kenderaan berada di kawasan tersebut

  • Sepanjang tempoh percubaan, tiada caj penalti dikenakan walaupun melebihi had masa

  • Percubaan ini bertujuan memantau aliran trafik, tingkah laku pemandu, serta prestasi keseluruhan sistem

  • Data yang dikumpul akan digunakan untuk menentukan tempoh masa percuma akhir dan kadar penalti selepas percubaan

Selepas tempoh percubaan

  • Caj penalti akan dikenakan kepada kenderaan yang melebihi tempoh masa percuma

  • Struktur caj dan tempoh akhir akan diumumkan selepas analisis data selesai (selepas tempoh percubaan)

Sumber: FB KL International Airport

BACA: KLIA Terminal 1 Mulakan Ujian Sistem Kawalan Akses Kenderaan (VAMS)

BACA: Kemungkinan Bakal Berlaku Selepas Mahkamah AS Iktiraf Tarif Trump Tidak Sah