Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Malaysia Negara Ke-3 Paling Aman Di Asia, Ke-13 Di Dunia
KUALA LUMPUR — Malaysia kini berada di kedudukan ke-13 dunia dan ketiga paling aman dalam kalangan negara Asia dengan 1.469 mata, menurut Indeks Keamanan Global (GPI) 2025.
Bagaimanapun, ia mencatat penurunan satu anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, Singapura pula kekal menjadi negara paling aman di Asia dengan menduduki tempat ke-6 dunia dengan skor 1.357, tidak berubah daripada tahun sebelumnya.
Manakala Jepun berjaya memintas Malaysia sebagai negara Asia kedua paling aman dan ke-12 di dunia dengan nilai 1.440.
Negara-negara Asia lain dalam senarai termasuk:

Bhutan – Kedudukan bersama ke-21 global
Mongolia – Kedudukan ke-37 global
Vietnam – Kedudukan ke-38 global
Taiwan – Kedudukan ke-40 global
Korea Selatan – Kedudukan bersama ke-41 global
Timor-Leste – Kedudukan ke-44 global
Laos – Kedudukan ke-47 global
Dalam senarai global, Iceland terus mengekalkan gelaran negara paling aman di dunia untuk tahun ke-17 berturut-turut sejak 2008.
Untuk maklumat, Indeks GPI diterbitkan oleh Institute for Economics and Peace (IEP), yang menilai 163 negara berdasarkan tahap keselamatan masyarakat, sejauh mana konflik domestik dan antarabangsa berlaku serta tahap sesebuah negara, masyarakat atau kawasan yang semakin dipengaruhi oleh unsur ketenteraan.
Sumber: Vision of Humanity