Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

WOW Taiwan Gegar Malaysia, OhBear & Monkiddo Warnai Jalan Raya

WOW Taiwan Gegar Malaysia, OhBear & Monkiddo Warnai Jalan Raya

Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur secara rasminya telah melancarkan Kempen Kenderaan bertema “WOW Taiwan”, hasil kolaborasi eksklusif bersama ilustrator Malaysia tersohor, Jayee Lim. Buat julung kalinya, kempen ini melangkaui Kuala Lumpur dan Selangor hingga ke Kota Kinabalu, Sabah.

Bandar-bandar ini akan diwarnai dengan 200 kereta e-hailing dan 12 bas dua tingkat yang memaparkan ilustrasi hasil kerja tangan Jayee Lim. Kenderaan kenderaan ini akan melalui kawasan komersial utama sambil mengajak rakyat Malaysia untuk mengagumi keindahan dan keunikan Taiwan.

“WOW Taiwan” melancarkan kempen kenderaan bertema Pelancongan dan Iklan Bas Taiwan 2025 di Malaysia atas kerjasama dengan ilustrasi eksklusif oleh Jayee Lim. Menarik lagi, buat pertama kalinya, rakyat Malaysia akan diperkenalkan dengan maskot pelancongan Taiwan; OhBear dan watak kegemaran ramai, Monkiddo, hasil dari kerjasama kreatif yang merentasi budaya ini.

Kempen ini menampilkan tiga reka bentuk bertema menarik yang menghidupkan pelbagai pengalaman pelancongan di Taiwan:

Retreat2WOW: Menonjolkan suasana romantik dan penyembuhan Laluan Keretapi Hutan Alishan, dengan latar belakang bunga sakura yang sedang mekar.

Discover2WOW: Gabungan Taipei 101 dengan kolam air panas di Taiwan Utara bersama dengan pemandangan hydrangea yang memukau, dapat menawarkan gambaran tentang pengalaman bunga dan kesejahteraan yang unik di pulau ini.

Adventure2WOW: Dengan menggabungkan Sanxiantai di timur dan Batu Pasu di selatan bersama muzik kaum peribumi, keindahan serta keunikan pelancongan pesisir pantai Taiwan akan terserlah dengan penuh semangat. Hasil ilustrasi yang memukau dan berwarna-warni ini bertujuan untuk menarik perhatian rakyat Malaysia dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menerokai pelbagai pengalaman yang menarik dan atraktif yang ditawarkan oleh Taiwan.

Berucap di majlis pelancaran, Encik James Buu, Timbalan Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia (TECO Malaysia), menegaskan bahawa Taiwan sentiasa mengutamakan inovasi dan kreativiti dalam mempromosikan pelancongan.

Melalui kolaborasi bersama artis merentas bidang, Taiwan dapat memperkenalkan kepelbagaian budayanya secara kontemporari dan menarik, sekali gus mengukuhkan identiti budaya global dan daya tarikan pelancongannya. Encik Huang Yi-Cheng, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pentadbiran Pelancongan Taiwan, turut menekankan komitmen Taiwan dalam memajukan pelancongan antarabangsa di bawah tema utama iaitu“Embrace the Mountains, Embrace the Sea, and Enjoy the Island.”

Beliau menyatakan bahawa Kenderaan Pelancongan dan Iklan Bas Taiwan 2025 di Malaysia selaras dengan “Taiwan Tourism 100 Spotlights,” serta menggabungkan elemen yang paling digemari oleh pelancong Malaysia mengenai Taiwan daripada keindahan alam semula jadi hingga pemandangan bandar bagi menggalakkan pelawat menerokai Taiwan dengan lebih mendalam.

Majlis pelancaran bagi Kenderaan Pelancongan dan Iklan Bas Taiwan 2025 di Malaysia telah diadakan hari ini di The Conservatory. Pengilustrasi Jayee Lim berkongsi inspirasi dan perjalanan kreatif di sebalik rekaannya. Sementara itu, tetamu khas, Pelakon Malaysia Safwan Nazri serta Pencipta Kandungan Pelancongan Jason Phang turut berkongsi keterujaan mereka terhadap pesona budaya Taiwan, kelazatan kulinari yang tiada tandingan, serta keindahan semula jadi Taiwan, selain keterujaan mereka terhadap ilustrasi kreatif kempen ini.

Encik Chou Shih-Pi, Pengarah Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur, berkata: “Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jayee Lim atas kreativiti beliau dalam menampilkan semula OhBear sebagai pemandu pelancong yang penuh bertenaga, ditemani watak Monkiddo yang mengenakan pemakaian tradisional Melayu dan Kadazan.

Melalui hasil seninya, mereka berjaya menonjolkan keindahan mercu tanda Taiwan, kulinari bertaraf dunia, serta warisan budaya yang kaya secara menyeronokkan dan menghiburkan. Sama ada anda pengembara yang mencari pemandangan indah, cita rasa unik, atau pengalaman budaya yang luar biasa, kempen ini akan meninggalkan kenangan yang berimpak positif.”

wow taiwan

Sepanjang tiga bulan akan datang, sebanyak 200 kereta e-hailing dan bas dua tingkat bertema WOW Taiwan bakal mewarnai jalan raya di Kuala Lumpur, Selangor, dan Kota Kinabalu. Jangan lupa untuk rebut peluang ini untuk mengambil gambar, berkongsi di media sosial, dan menangi hadiah eksklusif dari pihak WOW Taiwan!