Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Atuk Ada “Pembantu”, Kucing Ikut Arahan Tolong Pasang Tali Buai

Athirah
Kucing Ikut Arahan
Kredit: @kerepekpisangsnow via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Atuk Ada “Pembantu”, Kucing Ikut Arahan Tolong Pasang Tali Buai

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling digemari di seluruh dunia. Ini kerana sifatnya yang manja, jinak dan comel menjadikan kucing mudah mendapat tempat dalam hati manusia.

Difahamkan, kucing sebenarnya adalah haiwan yang pintar serta penuh dengan keistimewaan.

Ia memiliki daya ingatan yang kuat, keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran, serta kebolehannya memahami rutin manusia membuktikan bahawa kucing bukan sekadar makhluk yang bergantung kepada tuannya.

Malah, kucing juga mampu menyelesaikan masalah mudah, berkomunikasi melalui bahasa tubuh, dan menunjukkan naluri tajam ketika berburu.

Kucing dengar arahan, tolong atuk tarik tali untuk pasang buai

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan telatah seekor kucing bernama Bintang membantu tuannya, yang dikenali sebagai Atuk.

Menerusi video yang dikongsi oleh @kerepekpisangsnow di TikTok, kucing bercorak tuxedo putih hitam itu dilihat sedang membantu Atuk menarik tali nilon berwarna hijau dari atas pokok turun ke bawah.

Apabila Atuk mula menarik tali ke arah Bintang, kucing itu segera menggigitnya lalu membawanya ke bahagian lain di atas pokok.

Video berdurasi 31 saat itu turut menunjukkan Atuk beberapa kali memberi arahan kepada Bintang agar menarik tali tersebut. Difahamkan, mereka sebenarnya sedang memasang satu buai pada pokok berkenaan.

Apabila ‘tugas’ mereka sudah selesai, kelihatan Bintang sedang berehat tenang di atas meja kayu.

“Selesai. Terima kasih Bintang, nanti Atuk bagi upah ayam gepuk,” gurau @kerepekpisangsnow.

“Comel lah dia faham arahan”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji kepintaran Bintang yang membantu tuannya.

Pada masa sama, ada juga yang sempat bergurau dengan ‘mengutuk’ haiwan peliharaan mereka sendiri yang pemalas dan selalu tidur.

“Muka terakhir tu penuh dengan kebanggaan dan berlagak ye,” komen seorang wargamaya.

“Kucing ni tak kosong hahaha,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak
BACA: Ibu Kota Baharu Indonesia, Nusantara Berisiko Jadi ‘Projek Gajah Putih’
BACA: Puji Sedap, Lelaki Algeria Terus Jadi “Ketagih” Lepas Cuba Teh Tarik

Sumber: @kerepekpisangsnow via TikTok