Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kapal Peserta Misi Sumud Nusantara Diserang Dron, Terbakar
Sebuah kapal yang membawa peserta misi Sumud Nusantara dilaporkan mengalami serangan dron hingga mengakibatkan kebakaran ketika pelayaran di Tunisia.
Menurut Rahmat Ikhsan, lebih dikenali sebagai PU Rahmat, salah seorang peserta misi kemanusiaan tersebut, kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.
“Salah satu kapal laut kami diserang dron dan terbakar. Semua bertenang kerana tiada kemalangan jiwa,” maklum beliau menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
Untuk info, PU Rahmat merupakan antara 15 rakyat Malaysia yang menyertai pelayaran itu, yang bermula pada 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.
Misi ini adalah sebahagian daripada Global Sumud Flotilla (GSF), sebuah konvoi yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara. Konvoi ini membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.
Selain PU Rahmat, misi ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Ardell Aryana.
Media sebelum ini melaporkan bahawa kesemua sukarelawan GSF dijadualkan berkumpul di Tunisia sebelum menyambung pelayaran pada 10 September.
Sementara itu, seorang lagi peserta misi, Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, turut berkongsi perkembangan mengenai kejadian itu di Instagram.
“Kapal yang dinaiki Greta, Thiago dan Yasemin dibom oleh dron ketika sedang berlabuh di Tunisia. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Doakan,” tulis beliau, merujuk kepada aktivis Sweden Greta Thunberg, aktivis Brazil Thiago Avila dan aktivis Jerman Yasemin Acar, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu GSF.
Difahamkan, kapal yang membawa ketiga-tiga aktivis tersebut telah tiba dan berlabuh di Tunis pada Ahad.
BACA: Kemungkinan Bakal Berlaku Selepas Mahkamah AS Iktiraf Tarif Trump Tidak Sah
Sumber: Astro Awani