Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Trip.com Perluas ‘Customer Support Center’ Malaysia, Memacu Pertumbuhan Serantau

Syamimi
trip.com

Trip.com Perluas ‘Customer Support Center’ Malaysia, Memacu Pertumbuhan Serantau

Trip.com, penyedia perkhidmatan perjalanan serba lengkap antarabangsa yang terkemuka telah merasmikan pembukaan Pusat Sokongan Pelanggan Malaysia yang diperluas baru-baru ini.

Pembukaan ini menandakan detik penting dalam misinya untuk menambah baik pengalaman perjalanan bagi jutaan pelancong di serata dunia.

Kecerdasan buatan (AI) terus mencorakkan semula industri perjalanan daripada cadangan berpandukan AI kepada alat penterjemahan segera dan bantuan masa sebenar.

(Dari kiri) Arvin Singh, Pengurus Perkhidmatan Kanan Trip.com Malaysia, Liyana Mohammad, Pengurus Operasi Trip.com Malaysia dan Hector Teh, Ketua Kumpulan Trip.com Malaysia berkongsi pandangan semasa sesi panel ‘customer support’.

Trip.com yakin dengan kemajuan ini untuk memacu kecemerlangan perkhidmatan sebenar yang diperoleh daripada menggabungkan inovasi teknologi dengan kepakaran manusia.

Gabungan pendekatan ini dibuktikan oleh rangkaian perkhidmatan pelanggan global Trip.com dengan sokongan daripada kira-kira 16,000 wakil perkhidmatan di 16 buah pusat sokongan pelanggan di serata dunia yang menyediakan sokongan berbilang bahasa 24/7 kepada pelanggan dan sebahagian besar panggilan serta perbualan berkaitan penerbangan dan hotel dijawab dalam masa 30 saat.

Infrastruktur bertaraf dunia ini memastikan pelanggan boleh mendapatkan khidmat sokongan yang cekap, boleh dipercayai dan memahami keperluan mereka di setiap peringkat perjalanan mereka.

Kecemerlangan Tempatan Memacu Pertumbuhan Global

Sejak ditubuhkan pada 2023, Pusat Sokongan Pelanggan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 10x dalam tempoh hanya dua tahun dan mengukuhkan peranannya sebagai hab strategik dalam operasi global Trip.com.

Pusat tersebut kini menyokong pilihan produk Trip.com yang luas dan berfungsi sebagai salah satu tunggak penting yang memacu pertumbuhan serantau platform ini.

Trip.com
Sesi bergambar selepas sesi panel acara tersebut: (Dari kiri) Hector Teh, Ketua Kumpulan Trip.com Malaysia, Stephane Thong, Pengurus Besar Trip.com Malaysia, Liyana Mohammad, Pengurus Operasi Trip.com Malaysia dan Arvin Singh, Pengurus Perkhidmatan Kanan Trip.com Malaysia.

“Automasi meningkatkan kelajuan dan kecekapan tetapi di Trip.com kami tidak pernah mengabaikan hubungan antara manusia,” kata Arvin Singh, Pengurus Perkhidmatan Kanan di Trip.com Malaysia.

“Sebagai pasukan yang dianggotai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, kami mempunyai kepakaran daripada penguasaan bahasa tempatan kepada memahami nuansa budaya yang sangat penting untuk memahami pelanggan dan keperluan mereka dengan lebih baik.

Dengan menggabungkan keupayaan ini bersama teknologi terkini, kami dapat menyediakan penyelesaian khusus yang berkesan dan memastikan pelanggan rasa dihargai dan menerima bantuan yang dikehendaki.”

Sorotan Penting Mengenai Perkhidmatan Pelanggan Trip.com

• 90% daripada permintaan selepas jualan pelanggan dijawab dalam masa 30 minit hingga sejam dan mencerminkan komitmen Trip.com untuk mengutamakan sebarang kemusykilan pelanggan • Lebih daripada 85% insiden berjaya diselesaikan dalam percubaan pertama • Penarafan Trustpilot pada tahap 4.4/5 membuktikan keyakinan kukuh pelanggan

Stephane Thong, Pengurus Besar Trip.com Malaysia membentangkan mengenai Global Travel SOS Service syarikat, yang menyediakan bantuan kecemasan 24/7 kepada pengembara di seluruh dunia, semasa acara peluasan ‘Customer Support Center’.

Stephane Thong, Pengurus Besar Trip.com Malaysia, berkata, “Malaysia dan Asia Tenggara ialah antara pasaran kami yang paling penting dan menyumbang kepada prestasi pertumbuhan terbaik syarikat.

Langkah meluaskan operasi perkhidmatan pelanggan di sini mencerminkan wawasan jangka panjang kami untuk menjadikan Malaysia sebuah hab yang memberikan sokongan kepada pelanggan serta mempelopori inovasi perjalanan, pembangunan bakat dan menjalin kerjasama dengan rakan industri tempatan.

Kami melihat potensi besar untuk mengukuhkan ekosistem pelancongan tempatan, menarik lebih ramai pengunjung antarabangsa dan memastikan setiap pelancong yang berhubung dengan Trip.com menikmati perjalanan yang lancar dan mengukir kenangan manis.”

Beliau menambah, “Memandangkan Tahun Melawat Malaysia 2026 akan tiba tidak lama lagi, Trip.com terus komited untuk menyokong cita-cita pelancongan negara.

(Dari kiri) Arvin Singh, Pengurus Perkhidmatan Kanan Trip.com Malaysia, Liyana Mohammad, Pengurus Operasi Trip.com Malaysia dan Hector Teh, Ketua Kumpulan Trip.com Malaysia berkongsi pandangan semasa sesi panel ‘customer support’.

Menerusi platform ini, kami bertekad untuk meningkatkan tahap keterlihatan Malaysia di peta global dan menambah baik pengalaman perjalanan untuk semua.”

Falsafah Trip.com Group yang mengutamakan pelanggan telah memacu pertumbuhannya dalam tempoh 25 tahun lepas dengan pendekatan yang mengimbangi inovasi berterusan dengan kefahaman sebenar tentang keperluan insan.

Pengembangan operasi Pusat Sokongan Pelanggan Malaysia adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan global syarikat ini yang menekankan komitmen mereka untuk menetapkan penanda aras bagi kecemerlangan perkhidmatan perjalanan di Asia Tenggara dan di luar rantau ini.