Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Kesan Wanita Dipercayai Hilang Sejak Isnin
SELAMA — Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 60 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai sejak Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Selama Superitenden Sarudin Samah berkata, individu yang hilang dikenali sebagai Sa’erah binti Mat Asin, berbangsa Melayu dan beralamat Kampung Ulu Damak, Sungai Bayor Rantau Panjang, Selama.
“Ciri fizikal seperti tinggi 158 cm, rambut paras bahu warna hitam, mata warna coklat, pakaian terakhir baju-t warna gelap, berseluar panjang dan bertudung,” maklum kenyataan itu.
Kali terakhir mangsa dilihat berada di kedai makan Pak Joe Chicken Chop, Kuala Nor, Rantau Panjang, Selama sekitar jam 5.45 petang Isnin.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemui penama sebagaimana maklumat di bawah dikehendaki menghubungi IPD Selama di talian 05-8395999 (Hotline) atau S/Insp Mohd Fazli bin Yusof (Ketua Polis Balai Selama) di talian 013-4281129.
Sumber: Polis Daerah Selama Perak