Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih 1,100 Keluarga Hilang Tempat Tinggal Selepas Kebakaran Besar Landa Manila

Iqbal Yasir
keluarga tempat tinggal Kebakaran manila
Gambar: X

Lebih 1,100 Keluarga Hilang Tempat Tinggal Selepas Kebakaran Besar Landa Manila

MANILA — Lebih 1,100 keluarga terjejas selepas satu kebakaran besar melanda di kawasan setinggan penduduk di daerah Tondo, Manila pada malam Sabtu, lapor Gulf News.

Insiden itu mengakibatkan ratusan buah rumah musnah dan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan (DSWD) Manila memaklumkan, seramai 1,146 keluarga terjejas, dengan lebih 150 rumah dilaporkan musnah.

Menurut Biro Perlindungan Kebakaran (BFP) Manila, kebakaran bermula sekitar jam 8 malam di dua bangunan di kawasan “Happy Land”, Barangay 105, sebelum api mula marak dengan pantas.

Sekurang-kurangnya 28 trak bomba bersama ratusan anggota dikerahkan ke lokasi, dengan kebakaran dapat dikawal selepas hampir 10 jam proses pemadaman.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.01 pagi Ahad waktu tempatan.

Sementara itu, Datuk Bandar Manila, Isko Moreno menzahirkan ucapan dukacita terhadap insiden yang berlaku sewaktu melakukan tinjauan ke lokasi terjejas.

Beliau turut berkata, kerajaan akan meningkatkan usaha bantuan, mengagihkan keperluan asas dan menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mangsa dengan segera.

Difahamkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam tragedi itu, dengan tiga mangsa hanya mengalami kecederaan akibat terhidu asap dan melecur ringan.

Sebelum ini, pakar memberi amaran bahawa kawasan setinggan di Tondo kekal berisiko tinggi terhadap kebakaran susulan keadaan perumahan yang tidak menepati piawaian, bekalan air terhad dan sistem pendawaian elektrik yang berselirat.

Sumber: Gulf News

BACA: Sembilan Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Sabah

BACA: Korea Selatan Keluarkan Amaran Kuarantin Susulan Kes Demam Babi Afrika