Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Dinding Berkulat? Ini Trik Bijak Untuk Cegah Sebelum Terlambat
Pernahkah anda masuk ke dalam rumah lalu terhidu bau hapak yang menusuk hidung kemudian ternampak tompokan hitam atau kehijauan yang merosakkan dinding?
Itulah tanda-tanda kewujudan kulat atau mould yang sedang membiak secara senyap di rumah anda. Ramai orang sering mengabaikan masalah ini kerana pada awalnya ia kelihatan kecil tetapi hakikatnya kulat mampu merebak dengan cepat dan memberi kesan yang lebih besar daripada sekadar mencacatkan kecantikan dinding.
Bukan sahaja cat rumah akan mengelupas dan kelihatan kusam, malah kulat boleh menjejaskan kualiti udara di dalam rumah sehingga menyebabkan gangguan kesihatan seperti alahan, batuk berpanjangan malah serangan asma bagi individu yang sensitif.
Apa yang lebih membimbangkan, kulat biasanya muncul akibat kelembapan yang tidak terkawal, kebocoran air yang tidak disedari atau pengudaraan rumah yang kurang baik.
Jika tidak dicegah dari awal, ia boleh merosakkan struktur dinding dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
Oleh itu, sebelum keadaan menjadi lebih serius, ada baiknya anda memahami punca sebenar dinding berkulat dan mengambil langkah bijak untuk menghalangnya.
Dengan beberapa trik mudah dan praktikal, rumah anda bukan sahaja bebas daripada kulat malah kekal sihat dan selesa untuk didiami sepanjang masa.
Salah satu faktor utama yang menyebabkan kulat tumbuh di dinding ialah aliran udara yang tidak lancar. Udara yang terperangkap di dalam ruang tertutup akan menyebabkan kelembapan meningkat lalu memberi peluang kepada kulat untuk membiak.
Oleh itu, biasakan membuka tingkap sekurang-kurangnya pada waktu pagi dan petang supaya udara segar dapat masuk manakala udara lembap dikeluarkan.
Jika rumah anda menggunakan pendingin hawa secara berterusan, seimbangkan keadaan dengan menggunakan kipas ekzos atau sistem ventilasi mekanikal bagi memastikan udara tidak bertakung.
Kawasan yang paling kritikal ialah bilik mandi, dapur dan bilik stor kerana ruang ini sering terdedah kepada wap air.
Dengan pengudaraan yang baik, anda dapat mengekalkan suasana rumah yang lebih kering, segar dan sihat untuk didiami.
2. Kawal tahap kelembapan dalaman
Kelembapan yang berlebihan adalah penyebab utama pertumbuhan kulat. Menurut pakar, apabila tahap kelembapan dalam rumah melebihi 60%, risiko kulat untuk tumbuh meningkat dengan sangat cepat.
Cara paling mudah untuk mengawalnya adalah dengan menggunakan dehumidifier. Terutamanya jika anda tinggal di kawasan beriklim lembap atau berdekatan laut.
Selain itu, elakkan menjemur pakaian basah di dalam rumah kerana wap air yang dilepaskan akan melekat pada dinding dan siling sekaligus meningkatkan kelembapan ruang.
Jika terpaksa menjemur di dalam, pastikan kipas atau ventilasi digunakan untuk mempercepatkan proses pengeringan.
Anda juga boleh meletakkan produk penyerap lembapan seperti silika gel atau arang buluh di sudut-sudut tertentu untuk membantu mengawal tahap kelembapan dengan lebih berkesan.
Di samping itu, air yang meresap melalui dinding akibat kebocoran paip, bumbung atau retakan kecil adalah punca paling kerap menyebabkan dinding berkulat.
Walaupun kebocoran itu kecil dan tidak ketara, kesannya boleh menjadi serius apabila kelembapan mula meresap jauh ke dalam struktur rumah.
Jika anda mendapati cat mula menggelembung, terdapat tompokan lembap atau dinding berubah warna, itu adalah tanda awal kebocoran yang tidak boleh diabaikan.
Segera periksa kawasan paip, tangki air dan atap rumah anda untuk mengenal pasti punca masalah. Ingatlah, kebocoran kecil yang dibiarkan tanpa tindakan bukan sahaja mengundang kulat.
Ia juga boleh melemahkan struktur rumah dan menelan kos pembaikan yang jauh lebih tinggi di kemudian hari.
4. Pilih cat anti-kulat atau lapisan pelindung tambahan
Dalam dunia moden hari ini, pilihan cat rumah bukan lagi sekadar soal warna dan kecantikan tetapi juga soal perlindungan jangka panjang.
Cat anti-kulat diformulasikan khas untuk menghalang pertumbuhan kulat dan sesuai digunakan pada dinding dalam mahupun luar rumah.
Melabur sedikit pada cat jenis ini adalah keputusan bijak kerana ia membantu melindungi rumah anda daripada masalah kelembapan berulang.
Bagi kawasan yang sering terdedah kepada air seperti bilik mandi atau dapur, penggunaan lapisan waterproof sealant tambahan juga sangat digalakkan.
Selain menjadikan dinding lebih tahan lama, cat berkualiti juga mampu mengekalkan kesegaran warna rumah anda dalam tempoh yang lebih panjang.
BACA : Tak Perlu Seterika: 7 Trik Rare Hilangkan Kedutan Baju
Walaupun rumah kelihatan bersih, spora kulat yang halus dan tidak kelihatan masih boleh melekat pada permukaan dinding.
Jika dibiarkan, spora ini akan mula membiak apabila keadaan sesuai. Oleh itu, jadikan rutin membersihkan dinding sebagai salah satu langkah pencegahan.
Anda boleh menggunakan kain lembap bersama larutan cuka putih atau pembersih anti-kulat yang mudah didapati di pasaran.
Cuka merupakan bahan semula jadi yang berkesan membunuh kulat tanpa memberi kesan berbahaya kepada penghuni rumah.
Amalkan pembersihan ini setiap beberapa minggu terutamanya di kawasan yang sering lembap. Dengan langkah mudah ini, anda dapat menghalang pertumbuhan kulat sejak awal lagi sebelum ia menjadi masalah besar.
Selain itu juga, cahaya matahari adalah musuh utama kelembapan. Rumah yang gelap, tertutup dan kurang mendapat cahaya semula jadi cenderung menjadi lembap.
Sekali gus membuka ruang kepada kulat untuk membiak. Biarkan langsir atau bidai terbuka pada waktu siang supaya cahaya matahari dapat menembusi ruang khususnya di bilik yang jarang digunakan atau kurang aliran udara.
Jika kedudukan rumah anda menyukarkan cahaya semula jadi masuk, pertimbangkan penggunaan lampu yang mempunyai kesan haba ringan untuk membantu mengurangkan lembapan di sudut tertentu.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja menjadikan rumah lebih cerah dan mesra mata tetapi juga lebih kering dan sihat.
Kesimpulannya, menjaga dinding rumah agar bebas daripada kulat memerlukan gabungan beberapa langkah yang konsisten.
Ia mungkin kelihatan seperti tugas kecil, namun jika dilakukan dengan disiplin hasilnya mampu mengelakkan kerosakan dinding dan berkulat.
Lebih daripada itu, ia turut memberikan suasana rumah yang lebih sihat, segar dan menyenangkan untuk setiap ahli keluarga.
Sumber : nipponpaint, envirovent
BACA : Ini 14 Kategori Barang Boleh Dibeli Dengan SARA RM100