Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
varian baharu covid-19
Kredit: Bernama

Varian Baharu Covid-19, XFG Dikesan Di Malaysia

Sofea

Varian Baharu Covid-19, XFG Dikesan Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan penularan varian baharu COVID-19 iaitu XFG daripada 43,087 kes yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-35 (ME 35/2025).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran di platform X memaklumkan 8.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan pada ME35 adalah varian XFG.

Beliau berkata menerusi pengesanan genomik mendapati varian NB1.8.1 kekal dominan dengan merekodkan 39.4 peratus, diikuti JN.1 (18.1 peratus) dan XEC (13.3 peratus), manakala varian lain merangkumi 21 peratus.

“Secara kumulatif, sehingga ME35/2025, sebanyak 43,087 kes telah dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama pada tahun 2024 (penurunan sebanyak 49.5 peratus),” katanya.

Dzulkefly berkata kes mingguan ME35 pula menunjukkan penurunan sebanyak 12.8 peratus iaitu 594 berbanding 681 kes pada ME34.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan satu kematian baharu dilaporkan pada ME35 melibatkan warga emas terlantar berusia 91 tahun.

“Secara kumulatif kematian COVID-19 sehingga kini adalah 3 (dilaporkan pada ME 24/2025, ME 30/2025 dan ME 35/2025,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah pencegahan asas terutama mencuci tangan dengan kerap, memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat sesak serta mendapatkan vaksinasi sekiranya berisiko.

Sumber: BERNAMA