Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Inovasi Banjir UTM
Kredit: UTM News Hub

James Dyson Award 2025: Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar UTM Raih “Malaysia National Runners-Up”

Athirah

James Dyson Award 2025: Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar UTM Raih “Malaysia National Runners-Up”

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila tiga mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) berjaya dinobatkan sebagai Malaysia National Runners-Up bagi James Dyson Award (JDA) 2025.

Menurut portal UTM News Hub, ia merupakan sebuah pertandingan reka bentuk kejuruteraan berprestij di peringkat antarabangsa.

Pasukan tersebut, yang dianggotai oleh Chow Ming Fong, Magnus Gin Xiang Short dan Wong Zhi Ying tampil dengan ciptaan sistem Flood Monitoring Alert & SOS System (FMAS).

Ia merupakan inovasi pintar berasaskan teknologi LoRa bagi mengesan paras air banjir, memberi amaran awal kepada komuniti serta membolehkan mangsa menghantar isyarat kecemasan berasaskan GPS untuk mempercepatkan operasi menyelamat.

Difahamkan, pertandingan JDA yang dianjurkan oleh James Dyson Foundation tahun ini melibatkan penyertaan daripada 28 negara dan telah menyokong lebih 400 ciptaan berimpak global sejak ia mula diperkenalkan.

Pasukan UTM mara ke pusingan global

Di peringkat kebangsaan, setiap negara akan menobatkan seorang National Winner serta dua National Runners-Up.

Malaysia menyaksikan pemenang utama disandang oleh Asia Pacific University (APU), manakala satu lagi tempat Runners-Up diraih Universiti Sains Malaysia (USM).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan pasukan UTM mara ke pusingan global bersama finalis dari 28 negara lain. Pada peringkat ini, setiap penyertaan akan dinilai sebelum disenarai pendek oleh panel jurutera Dyson ke dalam kelompok Top 20 Global.

Daripada senarai tersebut, pemilihan akhir akan dibuat sendiri oleh pengasas James Dyson Foundation, Sir James Dyson, bagi menentukan pemenang utama di peringkat antarabangsa.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Pensyarah Kanan Jabatan Mekanik Gunaan dan Reka Bentuk, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UTM), Ir. Dr. Amir Putra Md Saad, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inovasi tersebut.

“Inilah buat pertama kalinya UTM khususnya FKM mencatatkan kejayaan dalam pertandingan reka bentuk penyelesaian masalah ini

Sebagai penyelaras elektif reka bentuk, saya amat berbangga dengan pencapaian ini dan akan terus komited memperkukuh perjalanan design innovation di FKM,” ujar beliau.

Menurut portal UTM News Hub, FMAS dibangunkan sebagai penyelesaian kepada isu banjir berulang di rantau Asia Tenggara yang sering mengorbankan nyawa serta memusnahkan harta benda.

Berbeza dengan sistem sedia ada yang hanya berfungsi menghantar amaran sehala, FMAS memperkenalkan ciri komunikasi dua hala melalui SOS Locator Beacon.

Difahamkan, ciptaan ini adalah kalis air, mudah alih serta mampu menghantar lokasi GPS terus kepada pasukan penyelamat walaupun tanpa rangkaian telefon atau bekalan elektrik.

Dengan kejayaan tersebut, UTM sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai universiti penyelidikan yang melahirkan bakat inovatif.

Ia seiring dengan misinya memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat melalui reka bentuk berimpak tinggi.

Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kemampuan mahasiswa UTM menghasilkan inovasi bernilai global, malah turut mencerminkan peranan universiti dalam melahirkan generasi jurutera reka bentuk yang peka terhadap isu kemasyarakatan.

BACA: “Blackout” Ketika Akad Nikah, Majlis Pengantin Ini Bertukar Jadi “Candle Light Dinner”

Sumber: UTM News Hub