Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Sahkan Penemuan Mayat Dalam Kereta Di Setapak
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Polis mengesahkan penemuan satu mayat di dalam sebuah kereta berhampiran Diamond Square, Setapak, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, kenderaan pacuan empat roda itu telah diletakkan di lokasi berkenaan sejak dua bulan lalu.
Polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berhubung kes ini dalam masa terdekat.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Sumber: BERNAMA