Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Sindiket Dadah Antarabangsa
Gambar: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa Tumpas, Hampir Satu Tan Fentanyl Dirampas

Hannah

Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa Tumpas, Hampir Satu Tan Fentanyl Dirampas

SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) — Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah rantaian antarabangsa selepas merampas lebih 1,000 kilogram (kg) dadah jenis fentanyl dan pelbagai dadah jenis lain bernilai RM32.14 juta dalam dua serbuan di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor pada 19 dan 23 Ogos lepas.

sindiket dadah antarabangsa
Gambar: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata rampasan menerusi Op Black Ash dan Op Black Wood itu turut menyaksikan empat lelaki tempatan serta dua lelaki dan dua perempuan warganegara asing berusia antara 19 hingga 55 tahun ditahan.

Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas dibawa masuk melalui sebuah pelabuhan di Selangor melibatkan sindiket sama dari luar negara, dipercayai untuk pasaran tempatan dan negara jiran.

“Dalam Op Black Ash bermula 2.20 hingga 5.10 petang pada 19 Ogos di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka, polis merampas satu cecair dadah baharu jenis fentanyl seberat 961.8kg bernilai RM30.7 juta.

“Ini adalah cubaan pertama yang berjaya dipatahkan di Malaysia dan dadah fentanyl ini sangat berbahaya, lebih 100 kali ganda kuat berbanding morfin dan heroin,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

sindiket dadah antarabangsa
Gambar: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

Hussein berkata fentanyl adalah jenis dadah yang menjadi punca utama kematian akibat pengambilan dadah berlebihan di Amerika Syarikat dan Kanada.

Beliau berkata sindiket berkenaan menggunakan modus operandi penghantaran kargo melalui Pelabuhan Klang dengan membuat deklarasi palsu sebelum dadah itu dipecahkan kepada dua konsainan untuk dihantar kepada kumpulan berbeza.

Menurut Hussein, siasatan mendapati fentanyl itu diproses dalam bentuk cecair dan serbuk sebelum dijual dalam pasaran.

“Kami percaya serbuk daripada dadah ini dijadikan pil manakala cecair pula digunakan sebagai campuran untuk rokok elektronik (vape),” katanya.

Berhubung Op Black Wood, Hussein berkata menerusi operasi pada 23 Ogos bermula 1.30 petang hingga 9.45 malam di sekitar Selangor itu, polis merampas pelbagai jenis dadah seperti pil dan serbuk ekstasi, ketamin, MDMA serta pil eramin 5 dengan berat keseluruhan 75.09kg bernilai RM2.7 juta.

Hussein berkata selain dua operasi itu, pihaknya turut menjalankan lima operasi khas lain iaitu Op Ceylon, Op Blackbutt, Op Black Birch dan Op Cengal sepanjang Ogos hingga September.

sindiket dadah antarabangsa
Gambar: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

Beliau berkata menerusi Op Ceylon pada 7 Sept di Lembah Klang dan Muar, Johor, polis menahan lima lelaki tempatan dan dua warganegara asing serta merampas 132.862kg dadah bernilai RM3.3 juta.

Dalam Op Blackbutt pada 9 Sept di Selangor, Hussein berkata polis berjaya merampas 202.59kg methamphetamine bernilai RM6.76 juta serta menahan tiga lelaki tempatan.

Beliau berkata sehari kemudian, polis melaksanakan Op Black Birch di Sungai Besi, Kuala Lumpur serta berjaya menahan dua lelaki tempatan dan merampas 103.33kg methamphetamine bernilai RM3.32 juta.

“Dalam Op Cengal pada 12 Sept di Lembah Klang, polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan dengan rampasan 230.67kg methamphetamine bernilai RM7.4 juta,” katanya.

Hussein berkata secara keseluruhan, enam operasi khas itu menyaksikan penahanan 24 individu berusia antara 19 hingga 55 tahun, melibatkan 17 lelaki tempatan, dua lelaki warga asing, empat wanita warga asing dan seorang wanita tempatan.

“Jumlah rampasan keseluruhan adalah 1,706.35kg melibatkan pelbagai jenis dadah dengan nilai pasaran dianggarkan RM54.18 juta,” katanya, sambil menambah sindiket terbabit bergiat aktif hampir 10 bulan.

BACA: Video Tular Sekumpulan Pelajar Di Miri Tiada Unsur Buli – Polis

Sumber: BERNAMA