Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kongsi Rezeki, Tindakan “Jungle Girl” Buat Ramai Terharu
Benarlah kata orang, dalam setiap rezeki kita pasti ada rezeki orang lain.
Hakikat ini dibuktikan oleh seorang pempengaruh media sosial yang kini semakin dikenali ramai, Nur Rafidah Man. Beliau lebih mesra dikenali dengan gelaran TikTok “Jungle Girl”.
Baru-baru ini, wanita berusia 27 tahun itu membuat kejutan apabila berkongsi kisah menyumbangkan dana peribadi sebanyak RM100,000 kepada sebuah sekolah.
Bukan sekadar wang tunai, beliau turut menghulurkan beberapa unit televisyen pintar (Smart TV) 43 inci untuk kegunaan pelajar dan guru dalam sesi pembelajaran.
Istimewanya, Jungle Girl turut memberi perhatian kepada kumpulan pelajar pendidikan khas dari sekolah yang sama.
Beliau menyalurkan sumbangan khas untuk membantu persiapan mereka sebelum berangkat ke Abu Dhabi. Ini adalah sebuah peluang besar yang pastinya meninggalkan kenangan berharga buat pelajar istimewa itu.
Lebih mengharukan, dalam perkongsian video di TikTok miliknya, Jungle Girl menjelaskan tentang bantuan yang diberikan.
Katanya, sumbangan itu adalah tanda penghargaan atas doa dan sokongan masyarakat terhadap perjalanan bisnesnya.
“Saya mungkin tak mampu menaja semua, tapi saya ada buat tajaan sedikit untuk mereka,” katanya.
Dalam hantaran lain, Jungle Girl turut merakamkan ucapan terima kasih buat ramai.
“Terima kasih kepada yang sentiasa support Jungle Girl. Rezeki bukan hanya untuk kita nikmati, tapi untuk kita kongsi. Semoga jadi motivasi untuk semua,” katanya.
Untuk info, nama Jungle Girl mula meniti di bibir warganet sejak tahun lalu apabila sering muncul di For You Page (FYP) TikTok dengan gaya bersahaja menjual produk keluarannya.
Selain berniaga, beliau sering berkongsi rutin harian, adat resam Orang Asli serta keindahan suasana kampungnya. Ini menjadikan setiap perkongsiannya bukan sahaja menarik, malah berbeza di mata ramai.
Menjengah ke ruangan komen pada perkongsian Jungle Girl, ramai yang tidak dapat menyembunyikan rasa terharu dengan tindakan wanita itu.
Ada yang mengucapkan terima kasih, ada juga yang mengakui terinspirasi untuk melakukan perkara sama, berkongsi rezeki dengan orang lain.
Tidak kurang juga yang menyifatkan Jungle Girl sebagai contoh generasi muda berjaya yang masih berpijak di bumi nyata dan tidak melupakan masyarakat.
BACA: Ramai Terkedu Bila Pelancong Jepun Kongsi Gambar ‘Lorong’ Di Malaysia
Sumber: TikTok @junglegirlhq1_