Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tujuh Maut Dalam Kemalangan Kereta Kabel
COLOMBO — Sekurang-kurangnya tujuh sami Buddha, termasuk tiga warga asing, maut selepas kereta kabel yang dinaiki mereka terhempas di Biara Na Uyana, Sri Lanka, malam Rabu, lapor CNN.
Polis Pansiyagama memaklumkan, kemalangan berlaku sekitar jam 9 malam waktu tempatan ketika para sami dalam perjalanan pulang ke Biara Na Uyana di Nikaweratiya, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara Colombo.
Seramai 13 penumpang berada dalam kereta kabel itu ketika kejadian. Antara mangsa yang terkorban ialah sami dari India, Rusia dan Romania.
“Terdapat 13 sami dalam kereta itu. Dua berjaya menyelamatkan diri dengan cedera ringan, manakala empat lagi berada dalam keadaan kritikal,” kata seorang pegawai polis kepada AFP.
Difahamkan, kereta kabel yang membawa 13 sami itu terjatuh dari cerun selepas kabel yang menyokongnya putus sebelum melanggar sebatang pokok.
Sumber: CNN News, Khaleej Times
BACA: AS Iktiraf Kejayaan Malaysia Memudah Cara Gencatan Senjata Konflik Thai-Kemboja – PM