Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nelayan, Pekebun & Pemilik Perahu Guna RON95 Tetapi Tiada Lesen Memandu Boleh Buat Rayuan

Fazidi
Gambar: Perdana Menteri

Nelayan, Pekebun & Pemilik Perahu Guna RON95 Tetapi Tiada Lesen Memandu Boleh Buat Rayuan

Pemilik perahu, pekebun dan nelayan yang menggunakan minyak RON95 tetapi tidak memiliki lesen memandu boleh mengemukakan rayuan untuk menikmati penyasaran subsidi dibawah program BUDI95.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap dalam Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri, sebentar tadi.

“Nelayan, pekebun memang ada elaun khas. Kita ada bantuan diesel. Tetapi kalau betul mereka menggunakan petrol, mereka boleh kemukakan rayuan dan kita akan bantu yang mana munasabah.

“Katalah dia bukan nelayan tetapi dia guna perahu dan bot, (contohnya) di Sabah, Sarawak, Kelantan atau di mana-mana, dia guna RON95 dan dia tidak pakai lesen. Daftar kenderaan pun tidak ada melainkan perahu sahaja, kita boleh pertimbangkan kerana jumlah mereka tidak ramai.

“Kalau benar mereka menggunakan RON95, saya jamin kita akan bantu,” kata beliau.

Perdana Menteri juga memberi jaminan pertimbangan yang sama akan turut diberikan kepada pemilik generator dan pemotong rumput.

“Kalau mereka guna minyak RON95, kita masih boleh bantu lagi,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Perdana Menteri