Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kenyataan MFL Berhubung Keputusan FIFA Ke Atas Pemain Warisan
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan penggantungan tujuh pemain warisan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Menurut kenyataan rasmi MFL, tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terlibat dalam penggantungan tersebut ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel. Mereka tidak dibenarkan beraksi dalam sebarang pertandingan Liga Malaysia sepanjang tempoh hukuman itu.
MFL menjelaskan, sebarang tindakan susulan berhubung kes berkenaan hanya akan diputuskan selepas FIFA mengumumkan keputusan rayuan yang telah dikemukakan oleh FAM.

Lapor Astro Arena, FIFA mendapati FAM dan tujuh pemain warisan negara termasuk Machuca didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan isu pemalsuan dokumen dan sedang dalam proses rayuan ketika ini.
Tujuh pemain yang dikenakan tindakan FIFA adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
BACA: FAM Kini Menunggu Keputusan Penghakiman FIFA Sebelum Kemuka Rayuan
Sumber: MFL