Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Dah Macam ‘Konvoi’, Gelagat Ratusan Ikan Dalam Kolam Undang Tawa Ramai

Athirah
Ikan Dalam Kolam
Kredit: @mdrafiq1975
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Dah Macam ‘Konvoi’, Gelagat Ratusan Ikan Dalam Kolam Undang Tawa Ramai

Fenomena konvoi di jalan raya bukanlah sesuatu yang asing, khususnya di Malaysia.

Sama ada melibatkan kenderaan bermotor, kereta persendirian, mahupun lori dan bas, konvoi sering dikaitkan dengan aktiviti rasmi, sambutan perayaan, majlis keramaian ataupun sekadar aktiviti rekreasi dalam kalangan komuniti.

Secara asasnya, konvoi bertujuan untuk mengumpulkan kenderaan bergerak dalam satu kumpulan secara teratur, memperingati sesuatu acara atau memudahkan perjalanan secara berkumpulan.

Dalam pada itu, konvoi yang tidak diurus dengan baik berpotensi menyebabkan kesesakan, membahayakan pengguna jalan raya lain, malah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Gelagat ratusan ikan undang tawa ramai

Namun begitu, berbeza pula dengan situasi konvoi ini yang tidak menimbulkan kemarahan, sebaliknya mengundang rasa terhibur dalam kalangan penonton.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @mdrafiq1975 di TikTok, seekor ikan kelihatan berenang di hadapan sambil diikuti ratusan ekor ikan lain di belakangnya.

Barisan panjang itu seolah-olah menyerupai keadaan jalan raya yang sesak kerana pemandu yang enggan memberi laluan.

Walaupun kolam tersebut bersaiz besar dan memberikan ruang luas untuk ikan-ikan lain berenang bebas, ternyata tingkah laku sekumpulan ikan itu seolah-olah membentuk satu “rombongan” yang hanya tertumpu kepada pemimpin mereka.

Gelagat tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengunjung, ada yang terhibur malah ada juga yang kagum kerana fenomena ini jarang berlaku.

“Sebab dia seekor, habis yang lain jem,” ujar @mdrafiq1975 di ruangan kapsyen.

Dalam masa yang sama, ada juga yang bergurau apabila melihat seekor ikan kuning yang kelihatan tersesat di tengah kumpulan besar ikan berwarna jingga itu.

“Ikan pun reti beratur dan tak potong barisan”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur melihat gelagat sekumpulan ikan itu. Ada juga yang memerli sikap segelintir lane hogger melalui video ini.

“Mohon MBI (Menteri Besar Ikan) selesaikan masalah ini secepat mungkin,” gurau seorang wargamaya.

“Tapi nampak ada 2-3 ekor hitam yang cuba guna laluan kecemasan untuk memotong. Mungkin ada smart lane juga,” gurau seorang lagi wargamaya.

BACA: Hadiah Sudah Diberi, Kemudian Tidak Dihalalkan? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: @mdrafiq1975 via TikTok