Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

FFC: Kapal Conscience Kini Memasuki Zon Kuning – Dr. Mohd Afandi Salleh

Athirah
Kapal Conscience zon kuning
Kredit: @afandisalleh.my via TikTok

FFC: Kapal Conscience Kini Memasuki Zon Kuning – Dr. Mohd Afandi Salleh

Dalam usaha memperjuangkan kemanusiaan dan menembusi sekatan laut yang dikenakan terhadap Jalur Gaza, kapal Conscience kini menyertai konvoi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dalam misi membawa bantuan kritikal kepada warga Gaza.

Kapal ini membawa pelbagai bekalan perubatan serta makanan bayi, sebagai respons langsung terhadap krisis kekurangan bahan perubatan dan nutrisi kritikal yang melanda penduduk Gaza.

Difahamkan, kos nilai bantuan yang dibawa kapal Conscience mencapai kira-kira RM 500,000, dengan awak kapal yang terdiri daripada profesional perubatan, wartawan, aktivis, dan wakil daripada negara antarabangsa.

Kapal Conscience berada di zon kuning

Delegasi misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang menaiki kapal Conscience, termasuk sembilan rakyat Malaysia kini dilaporkan telah memasuki zon kuning pada hari keenam pelayaran dari Itali menuju ke Gaza.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @afandisalleh.my di TikTok, beliau yang merupakan salah seorang peserta misi berkata, kapal berkenaan kini berada kurang daripada 393 batu nautika dari Gaza.

Dr. Mohd Afandi Salleh memaklumkan kapal yang dinaiki berada di kawasan yang semakin hampir dengan perairan Palestin.

“Kapal ini bergerak pelan-pelan sekitar empat sahaja kelajuannya kerana menunggu kapal-kapal kecil di belakang sana yang kebanyakan kapal layar daripada kumpulan Thousand Madleens

“Semuanya okey, semalam ada kelihatan kapal-kapal peronda Greece yang mungkin cuba untuk melihat keadaan kapal kami. Tiada gangguan dan dua hari yang lepas ada dron kelihatan di sekitar kapal kami,” kata beliau menerusi satu perkongsian video hari ini.

Tambah Dr. Mohd Afandi Salleh lagi, tidak ada apa-apa gangguan ataupun komunikasi daripada kapal IDF (Pasukan Pertahanan Israel) setakat ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa semua aktivis berada dalam keadaan baik dan optimis untuk meneruskan pelayaran sehingga tiba ke Gaza.

“Kita akan tiba pada hari Rabu ini di Gaza. Insya-Allah ini lebih kepada perbincangan terakhir yang mungkin juga akan berubah

“Kalau ada apa-apa perubahan saya akan maklumkan. Terima kasih,” katanya.

BACA: Lelaki Kongsi Suasana Di Pantai Gaza, Menanti GSF Dengan Penuh Harapan

Sumber: @afandisalleh.my via TikTok