Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Tarikh Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025

Hannah
cuti tambahan deepavali
Gambar: BERNAMA

Tarikh Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025

Berita gembira buat semua pelajar, guru dan warga sekolah di seluruh negara.

Cuti tambahan sempena perayaan Deepavali tahun ini bakal memberi ruang bukan saja untuk masyarakat India menyambutnya dengan lebih meriah. Malah, seluruh warga sekolah juga dapat menikmati rehat yang lebih panjang.

Jadual cuti tambahan Deepavali 2025

Mengikut Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, cuti tambahan ini melibatkan semua sekolah kecuali negeri Sarawak. Berikut pecahan cuti yang diumumkan:

Kumpulan A

  • Melibatkan sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

  • Cuti tambahan pada 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa)

Kumpulan B

  • Melibatkan sekolah-sekolah di negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

  • Cuti tambahan pada 21 Oktober (Selasa) dan 22 Oktober (Rabu)

Sarawak (Kumpulan B)

  • Tiada cuti tambahan

  • Cuti hanya sehari, iaitu pada 20 Oktober (Isnin)

cuti tambahan deepavali
Kredit: KPM

Cuti 5 hari berturut-turut

Dengan cuti tambahan ini, pelajar dan guru di kebanyakan negeri akan menikmati sehingga lima hari cuti berturut-turut.

Bayangkan, bermula hujung minggu, disambung dengan cuti perayaan, memang sesuai sangat untuk pulang ke kampung, menziarahi rakan-rakan atau sekadar meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Bagi yang tidak pulang bercuti, ini juga peluang terbaik untuk berehat di rumah, ‘recharge’ tenaga sebelum menyambung sesi persekolahan yang semakin sibuk.

Untuk info, Deepavali atau turut dikenali sebagai Diwali atau Pesta Cahaya, merupakan perayaan penting bagi masyarakat Hindu di Malaysia dan seluruh dunia.

BACA: Detik Perit Perginya Dua Anak Sekelip Mata Ajar Ibu Tunggal Ini Kuat Hari Demi Hari

Sumber: KPM