Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Fitnah Pemimpin Negara Di Media Sosial
Kredit: Bernama

Tujuh Ditahan Bantu Siasatan Kes Hasutan, Ugut, Hina Dan Fitnah Pemimpin Negara Di Media Sosial

Athirah

Tujuh Ditahan Bantu Siasatan Kes Hasutan, Ugut, Hina Dan Fitnah Pemimpin Negara Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tujuh individu kerana disyaki terlibat dalam penyiaran hantaran berunsur hasutan, ugutan, penghinaan dan fitnah terhadap pemimpin negara di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata mereka ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) antara 17 Sept hingga 5 Okt, susulan tujuh kes penyebaran video di aplikasi TikTok dan Facebook.

Beliau berkata siasatan terhadap lima kes mendapati pengguna akaun TikTok dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap pemimpin negara serta kenyataan mengaibkan.

“Kes keenam melibatkan seorang pemilik akaun TikTok yang memuat naik hantaran berunsur ugutan terhadap pemimpin negara manakala kes ketujuh melibatkan pengguna akaun Facebook yang memuat naik hantaran berunsur hasutan serta kenyataan mengaibkan pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 505(b), 504 dan 506 Kanun Keseksaan selain Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata semua suspek direman antara satu hingga tiga hari bagi membantu siasatan.

Selain itu, siasatan mendapati seorang daripada suspek berusia lingkungan 40-an mempunyai 19 rekod lampau berkaitan kesalahan dadah manakala seorang lagi berusia 60-an pernah disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial yang boleh menimbulkan hasutan, ugutan, penghinaan atau kegentaran awam,” katanya.

Kumar menasihatkan orang ramai sentiasa berhemah, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau perkongsian di platform media sosial bagi mengelakkan tindakan undang-undang dan memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

BACA: GSF: Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di KLIA Malam Esok

Sumber: Bernama