Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penghargaan SARA Sekali Lagi Disalur Pada Pertengahan Februari 2026

Iqbal Yasir
Penghargaan SARA Februari 2026
Gambar: Bernama

Penghargaan SARA Sekali Lagi Disalur Pada Pertengahan Februari 2026

KUALA LUMPUR — Seramai 22 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sekali lagi bakal menerima penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 dan akan disalurkan pada pertengahan Februari 2026.

“Sukacita saya umumkan, Kerajaan sekali lagi akan memberi RM 100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas.

“Ini akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.

Jelas Anwar, kerajaan memperuntukkan RM15 bilion untuk pelaksanaan STR SARA 2026. Peningkatan ini adalah hasil penjimatan yang diraih dari penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95.

“31 Ogos lalu, semua rakyat 18 tahun ke atas mendapat 100 ringgit Penghargaan SARA. Lebih 70 peratus telah dibelanjakan dan sepertimana janji, baki SARA yang tidak dibelanjakan menjelang Disember akan diagih semula untuk program rakyat susah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa penerima STR dan eKasih turut akan menerima SARA setiap bulan.

“Bagi tahun 2026, semua 9 juta penerima STR turut menerima SARA sehingga RM100 setiap bulan atau RM1,200 setahun.

“Manakala, 1 juta penerima STR di bawah eKasih menerima SARA sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.

“Kategori bujang menerima RM600 iaitu RM50 sebulan melalui SARA.

“Kadar maksimum diterima isi rumah ialah RM4,600, iaitu pendapatan bawah RM2,500 sebulan dengan lima anak menerima STR 2,200 ringgit dan SARA RM2,400,” ucapnya lagi.

Sumber: Teks Belanjawan 2026

BACA: Deepavali: Bayaran STR Diawalkan, Diskaun Tol 50 Peratus – PM Anwar