Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Belanjawan 2026: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

Sofea
Belanjawan 2026 Senarai Pelepasan Cukai
Kredit: ImageFX

Belanjawan 2026: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

Belanjawan 2026 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM470 bilion untuk belanjawan pada kali ini.

Pelbagai insiatif dan insentif telah diumumkan menerusi pembentangan tersebut termasuk mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan subsidi petrol.

Selain itu, Anwar juga turut membentangkan mengenai pelepasan cukai pendapatan individu yang akan memanfaatkan pembayar cukai.

Pasti ada yang terlepas pandang atau masih belum tahu mengenai senarai pelepasan cukai itu. Justeru, anda boleh ikuti perkongsian di bawah ini

Pusat pelancongan

Untuk pengetahuan, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 akan diberikan untuk perbelanjaan bayaran fi bagi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.

Anwar berkata ia bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pemvaksinan

Perdana Menteri juga mencadangkan agar perbelanjaan pemvaksinan yang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan individu diperluas meliputi semua jenis vaksin yang didaftar dan diluluskan oleh KKM.

BACA: Belanjawan 2026: Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5

BACA JUGA: Belanjawan 2026 Perkukuh Agenda Integriti, Tutup Ruang Ketirisan Hasil Negara – Azam

Insurans atau takaful nyawa

Orang ramai juga mungkin akan mendapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 yang diberikan ke atas bayaran premium insurans nyawa atau sumbangan takaful nyawa untuk diri dan pasangan, diperluas bagi meliputi anak.

Intervensi awal, rawatan pemulihan anak OKU

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya berumur 18 tahun ke bawah, pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan pemeriksaan dan pengesanan, program intervensi awal serta rawatan pemulihan berterusan akan diberikan.

Pelepasan cukai itu dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Bayaran yuran Taska dan Tadika

Menerusi pembentangan belanjawan itu, Anwar turut mencadangkan pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM3,000 ke atas perbelanjaan yuran pusat jagaan harian atau transit berdaftar. Had umur anak juga dinaikkan kepada 12 tahun.

Sumber: Kementerian Kewangan