Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

STR & SARA 2026: Bayaran Kategori Bujang, Isi Rumah, Warga Emas

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama

STR & SARA 2026: Bayaran Kategori Bujang, Isi Rumah, Warga Emas

Pada 10 Oktober semalam, Kerajaan MADANI mengumumkan peningkatan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion bagi tahun 2026.

Ia sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam meringankan bebas kos sara hidup rakyat selain hasil penjimatan yang diraih dari penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95.

Lebih menggembirakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkata, kesemua sembilan juta penerima SARA turut menerima RM100 setiap bulan bagi tahun 2026.

Manakala penerima e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan; isi rumah berpendapatan rendah dengan lima anak boleh menerima jumlah bantuan sehingga RM4,600 setahun.

Bercakap mengenai bantuan ini, sehubungan itu SK akan berkongsikan dengan lebih lanjut mengena STR dan SARA 2026 di bawah.

Gambar: Bernama

SARA 2026

  • Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)

  • Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)

  • Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)

  • Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)

STR 2026

  • Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan bulanan bawah RM2,500 : RM700-RM2200 setahun

  • Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan bulanan RM2501-RM5000 : RM200-RM950 setahun

  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan berusia 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan bulanan bawah RM5000 : RM600 setahun

  • Kategori Bujang21-59 tahun dengan pendapatan RM2500 ke bawah : Tiada

STR & SARA 2026: Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Isi Rumah Pendapatan bulanan ≤ RM2,500

  • Tiada anak: RM1,900

  • 1–2 anak: RM2,400

  • 3–4 anak: RM2,900

  • 5 anak ke atas: RM3,400

Isi Rumah Pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000

  • Tiada anak: RM1,400

  • 1–2 anak: RM1,650

  • 3–4 anak: RM1,900

  • 5 anak ke atas: RM2,150

Warga Emas Bujang (Tiada Pasangan) RM1,200

Bujang Pendapatan ≤ RM2,500: RM600

Berdasarkan rekod bantuan STR dan SARA, kaum Melayu meningkat: 4.5 bilion ringgit (2022) kepada 7.1 bilion ringgit (2025); Bumiputera Sabah dan Sarawak naik: 1.1 bilion ringgit kepada 1.9 bilion ringgit. India naik: 0.6 bilion ringgit kepada 1 bilion ringgit.

Untuk makluman, Kerajaan memperuntukkan RM419.2 bilion dalam Belanjawan 2026 mewakili 19.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Jumlah ini mewakili peningkatan 1.7 peratus berbanding belanjawan disemak 2025

Sumber: Touchpoints Belanjawan 2026, Teks Penuh Belanjawan 2026

BACA: Kerajaan Lulus RM34.81 Juta Untuk Baiki 137 Pondok, Tahfiz Seluruh Negara – Anwar

BACA: Belanjawan 2026 Tumpu Kebajikan, Perlindungan Dan Kemahiran Pekerja

BACA: Inti Pati Belanjawan 2026