Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Indonesia Hairan, Kongsi Hal Serius Soal Malaysia
Tidak dinafikan, tinggal di Malaysia memang menjadi impian ramai orang, terutamanya dari luar negara.
Ramai yang melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang bukan sahaja indah dan aman. Malah juga teratur, selesa serta prihatin terhadap rakyatnya.
Dari kemudahan awam yang mesra pengguna, sistem pendidikan yang tersusun, hinggalah kepada program bantuan kerajaan yang menyentuh semua lapisan masyarakat.
Semuanya menjadikan Malaysia sebuah negara yang bukan sekadar maju, tapi juga berjiwa rakyat.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pemuda Indonesia yang kini menetap di Malaysia.
Melalui satu hantaran tular di media sosial, pemuda ini meluahkan rasa kagum terhadap sistem di Malaysia selepas menetap hampir lapan tahun di sini.
Menurut pemuda itu, selama lapan tahun tinggal di Malaysia, dia sedar bahawa Malaysia sangat serius dalam mengurus perkara kecil yang memberi kesan besar kepada kehidupan rakyatnya.
“Selepas lapan tahun aku tinggal di Malaysia, aku sedar satu perkara.
Negara ini benar-benar serius mengambil berat tentang perkara kecil yang memberi kesan besar kepada kehidupan rakyatnya, daripada aspek kesihatan sehinggalah pendidikan,” ujarnya.
Antara perkara yang paling menarik perhatiannya ialah sistem kesihatan awam di Malaysia.
Katanya, rakyat hanya perlu membayar sekitar RM1 di klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan, bersamaan kira-kira Rp3,000–Rp4,000 di Indonesia.
“Semua orang boleh datang dan dilayan dengan sama rata, kerana di sini kesihatan dianggap sebagai satu hak, bukan satu kemewahan,” jelasnya.
Selain itu, pemuda ini turut memuji Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang membantu keluarga berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Dalam program ini, kerajaan menanggung sebahagian besar kos pembinaan, dan baki dibayar melalui ansuran ringan.
“Rumahnya mungkin sederhana, tapi tetap selesa dan layak didiami. Sebab di sini, rumah dilihat sebagai satu keperluan, bukan privilege,” tambahnya.
Bukan itu sahaja, pemuda ini turut kagum dengan cara Malaysia menyalurkan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat melalui sistem digital.
“Ada bantuan tunai yang terus dimasukkan ke akaun rakyat tanpa sebarang kerumitan. Tak perlu beratur, tak perlu isi borang panjang lebar. Semuanya serba digital,” tambahnya lagi.
Bantuan kecil itu, katanya, cukup memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.
Dalam bidang pendidikan pula, pemuda ini menyatakan kekaguman terhadap peluang pelajaran dan latihan yang luas untuk anak muda Malaysia.
Baginya, Malaysia membuktikan bahawa ilmu pengetahuan bukan sekadar simbol status, tetapi jalan keluar daripada kemiskinan.
Apa yang membuatkan dia semakin menghormati Malaysia ialah keprihatinan negara ini terhadap golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Katanya, banyak kemudahan awam seperti stesen pengangkutan dan bangunan kerajaan yang direka bentuk dengan mesra pengguna kerusi roda, dan macam-macam lagi.
Di akhir perkongsiannya, pemuda Indonesia ini mungkin membuatkan kita ‘tersentak’ dengan satu realiti yang mungkin ramai terlepas pandang.
“Negara ini mengajar saya bahawa untuk maju, kita tak perlu tunggu sampai ‘sempurna’.
“Yang penting ada niat, sistem yang jujur dan rakyat yang sedar bahawa kehidupan selesa itu terhasil daripada kerjasama bersama,” katanya.
Hakikatnya, mungkin ini satu peringatan halus buat kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus menghargai apa yang sudah dibina bersama.
Negara kita mungkin belum sempurna, namun ia sedang melangkah ke arah itu, dengan harapan dan usaha yang tidak pernah padam.
BACA: Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia, Dedah ‘Perangai’ Mengejutkan Orang Kita
Sumber: TikTok @junforsure