Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut: Seorang Wanita, Murid KAFA Cedera Bumbung Pejabat Penyelaras Dun Sijangkang Runtuh

Sofea
ribut seorang wanita
Kredit: JBPM

Ribut: Seorang Wanita, Murid KAFA Cedera Bumbung Pejabat Penyelaras Dun Sijangkang Runtuh

SHAH ALAM, 15 Okt (Bernama) — Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap di bawah runtuhan bumbung Dewan Wawasan Kampung Medan, Telok Panglima Garang, Banting, dekat sini, yang turut menempatkan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bumbung dewan berkenaan runtuh susulan kejadian ribut berserta hujan lebat petang tadi.

BACA: Kawasan Sijangkang Dilanda Ribut Kuat Petang Ini

BACA JUGA: Detik Awal Sebelum Puting Beliung ‘Mengganas’ Di Sijangkang Dirakam Penduduk

Beliau berkata dalam kejadian itu, bumbung sebuah premis yang terletak bersebelahan dewan tersebut yang menempatkan surau Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) turut runtuh menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh murid cedera ringan.

“Panggilan kecemasan diterima pada 4.24 petang sebelum sebuah jentera bomba dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, kita dapati seorang mangsa iaitu wanita berumur 51 tahun terperangkap di bawah runtuhan, dengan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan paha namun berada dalam keadaan sedar. Wanita berkenaan berjaya dikeluarkan pada 5.05 petang,” katanya

Ahmad Mukhlis berkata wanita dan murid KAFA yang cedera ringan berkenaan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Sumber: Bernama