Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Murid Cedera Di Kepala Akibat Kemalangan Semasa Bermain, Bukan Buli
SIPITANG, 16 Okt (Bernama) — Kejadian seorang murid perempuan cedera di kepala di sebuah sekolah di sini yang tular di media sosial hari ini bukan berpunca daripada kejadian buli atau pergaduhan.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Berampah Ag Ku Jainuddin Ag Wahab berkata siasatan awal mendapati murid berkenaan cedera akibat kemalangan ketika bermain bersama rakan di sekolah.
“Pihak sekolah mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden itu dan telah bertindak segera membawa murid terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ag Ku Jainuddin berkata ibu bapa murid yang terlibat telah dimaklumkan mengenai kejadian itu, dan pihak sekolah turut memberikan jaminan akan terus menitikberatkan aspek keselamatan serta kebajikan semua murid.
“Kami juga akan mengambil langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang,” katanya.
Ketua Polis Daerah Sipitang Supt Awang Anak Suanda mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan kes itu sedang dijalankan.
Sumber: BERNAMA