Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perhimpunan Agung UMNO 2025 Ditangguhkan Ke 14 Hingga 17 Januari 2026
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Perhimpunan Agung UMNO 2025, yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 29 November ini, ditangguhkan ke 14 hingga 17 Januari tahun depan, kata Setiausaha Agung parti berkenaan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata penangguhan itu susulan tarikh asal perhimpunan bertembung dengan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan berlangsung dari 15 hingga 29 November seperti diisytihar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam.
“Dengan penangguhan ini, diharapkan agar kepimpinan dan jentera UMNO seluruh Malaysia dapat menumpukan sepenuh tenaga dan usaha membantu Barisan Nasional Sabah bagi meraih kembali kepercayaan rakyat, untuk Barisan Nasional kembali mengemudi kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2025, yang dijadual berlangsung pada Ogos lepas, ditunda ke 26 hingga 29 November ini, mengambil kira persiapan bagi menghadapi PRN Sabah.
Sumber: Bernama