Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fakta Penting Korang ‘Wajib’ Tahu Pasal Minyak Masak Paket

Hannah
fakta minyak masak paket
Gambar: AI/ImageFX

Fakta Penting Korang ‘Wajib’ Tahu Pasal Minyak Masak Paket

Sekarang ni, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, ramai yang mula berjimat. Setiap kali beli barang dapur, mesti kita akan cari yang paling murah, janji boleh guna dan tak membazir.

Salah satu barang yang ramai pilih sebab harga murah ialah minyak masak polibeg atau minyak masak dalam paket.

Tapi, bila sebut pasal minyak ni, macam-macam cerita kita dengar. Ada yang kata tak berkualiti, tak selamat, malah ada juga yang kata minyak ni dikitar semula.

Persoalannya, betulkah semua dakwaan tu? Adakah minyak masak polibeg ni memang berisiko, atau sebenarnya cuma salah faham sebab harganya yang murah?

Kami bawakan penjelasan daripada Hello Doktor tentang fakta penting korang ‘wajib’ tahu pasal minyak masak paket.

1. Mengapa harga minyak masak paket murah?

Ada yang mempercayai bahawa minyak masak polibag ini dijual murah berbanding kuantiti yang sama dalam kemasan botol kerana ia telah dikitar semula.

Dakwaan ini ternyata TIDAK BENAR.

Untuk pengetahuan anda, minyak masak polibag dengan berat 1 kilogram ini merupakan jenis minyak masak yang disubsidikan oleh Kerajaan Malaysia.

Memandangkan ia telah disubsidi, maka harganya telah dikawal dan hanya boleh dijual dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Selain itu, ia juga lebih murah berbanding minyak kemasan botol dengan kuantiti yang sama kerana ia hanya dibungkus dengan plastik polibag sahaja.

Oleh itu, kos pengeluaran juga menjadi lebih murah dan ia boleh dijual semula dengan harga yang lebih rendah.

Untuk minyak dalam kemasan botol pula, ia tidak disubsidikan oleh kerajaan dan menyebabkan harganya tidak dikawal.

Pengilang boleh menentukan harga mereka sendiri bagi produk minyak sawit botol keluaran mereka berdasarkan harga pasaran semasa.

2. Minyak masak polibag bukan minyak kitar semula

Dakwaan ini juga bukanlah satu dakwaan yang benar dan ia sama sekali tidak berasas.

Ini kerana, pihak Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hanya memberikan lesen mengitar semula minyak masak terpakai untuk dijadikan bahan biodiesel atau bahan-bahan lain seperti:

  • makanan haiwan

  • sabun sahaja

Ia sama sekali tidak digunakan untuk menghasilkan semula minyak masak terpakai.

Tambahan pula, kos untuk mengitar semula minyak masak terpakai ternyata lebih tinggi berbanding daripada kos menghasilkan minyak masak baharu.

Oleh itu, mana mungkin pengilang akan menjual kembali minyak tersebut dengan harga yang rendah untuk mengaut keuntungan jika kos mengitar semula minyak adalah jauh lebih tinggi.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah menjalankan pemeriksaan, dan tiada sebarang aktiviti mengitar semula minyak masak untuk digunakan kembali sebagai minyak memasak dikesan di negara ini.

3. Minyak masak pek plastik berkualiti rendah berbanding minyak botol?

Untuk pengetahuan anda, minyak masak yang dibungkus secara paket atau dalam polibag ini bukanlah berkualiti rendah.

Ia dihasilkan melalui proses yang sama seperti minyak masak botol dan mempunyai kualiti yang sama atau setanding dengan minyak masak botol.

Kebanyakan pengilang hanya membotolkan minyak masak yang telah diproses tanpa melakukan sebarang proses tambah nilai kepada minyak tersebut agar ia boleh dijual kembali dengan harga minyak masak 2024 yang lebih tinggi.

Dalam erti kata lain, proses pembotolan yang meningkatkan kos pengeluaran menyebabkan harga minyak masak 2024 botol lebih tinggi berbanding minyak masak polibeg.

Jadi, kenapa ada minyak masak paket yang kelihatan keruh atau gelap?

Mungkin anda ada terlihat, mengapa sesetengah minyak masak polibeg mempunyai warna yang lebih gelap atau keruh berbanding minyak masak botol.

Untuk pengetahuan anda, sesetengah pengilang akan melakukan proses tambah baik kepada minyak masak dalam kemasan botol.

Antara proses yang dilakukan ialah proses penapisan secara berulang bagi meningkatkan tahap kejernihan minyak tersebut.

Selain itu, proses penapisan berulang ini bertujuan untuk mengurangkan titik awan (cloud point) minyak masak terbabit.

Oleh sebab itu, ada kalanya minyak masak paket kelihatan lebih gelap kerana ia mempunyai titik awan (cloud point) yang lebih tinggi berbanding minyak masak botol.

Minyak masak dengan titik awan yang lebih tinggi akan lebih cepat untuk beku apabila berada dalam persekitaran dengan suhu yang rendah.

BACA: Dapatkan Rawatan Segera Jika 3 Tanda Ini Berlaku Pada Tubuh Anda

BACA: Hari Bahagia Bertukar Duka, Wanita Terkejut Disahkan Hamil Meski Masih Dara

BACA: Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal ‘Telur’ Lelaki

Sumber: Hello Doktor