Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Minyak Tinggal 1 Bar, Ini Cara Tengok Jarak Sebenar Kereta Boleh Pergi 

Hannah
jarak minyak 1 bar
Gambar: Libur

Minyak Tinggal 1 Bar, Ini Cara Tengok Jarak Sebenar Kereta Boleh Pergi

Setiap kenderaan di atas jalan raya menggunakan petrol sebagai bahan bakar untuk bergerak, kecuali kereta elektrik (EV).

Disebabkan itu, setiap kenderaan dilengkapi indikator minyak bagi memantau paras bahan api dalam tangki kereta.

Apabila paras minyak semakin rendah atau hampir habis, simbol petrol akan mula berkelip atau menyala. Ini tanda amaran kepada pemandu supaya segera mengisi minyak.

Tapi pernah tak korang panik bila tengok minyak kereta tinggal satu bar je? Lagi-lagi bila tengah jalan jauh, stesen minyak entah kat mana, lampu minyak pun dah mula berkelip.

Masa tu jantung pun rasa macam ikut ‘berkelip’ sekali, kan? Tapi jangan risau, sebenarnya ada cara mudah nak tahu berapa jauh lagi kereta korang boleh jalan sebelum minyak betul-betul habis.

Senang je rupanya

Perkongsian menarik ni datang daripada pengguna TikTok @altimatsaujana, yang berkongsi cara paling senang nak tahu anggaran jarak perjalanan berdasarkan baki minyak.

Menurutnya, korang cuma perlu tengok pada meter kereta dan cari perkataan “RANGE” pada paparan meter tu.

Nilai yang terpapar itulah yang menunjukkan berapa kilometer lagi korang boleh jalan sebelum tangki minyak kosong sepenuhnya.

Contoh bagi kereta Perodua Myvi, korang boleh rujuk video yang dikongsikan oleh abang ni untuk lihat dengan lebih jelas cara nak semak bacaan range tu.

Elak panik di tengah jalan

Jadi, lepas ni kalau minyak tinggal satu bar, jangan terus panik. Tengok dulu bacaan range tu. Sambil-sambil tu, bolehlah korang mula cari stesen minyak terdekat.

Untuk info, tak semua kereta ada perkataan “RANGE” pada paparan meter minyak tu. Ia bergantung pada model dan tahun keluaran kereta.

Jadi, kalau tak jumpa perkataan “RANGE” pada meter, jangan risau. Mungkin kereta korang tunjuk cara lain atau fungsi tu tak tersedia.

Tapi, jangan ambil mudah. Bacaan tu cuma anggaran kasar berdasarkan gaya pemanduan dan keadaan semasa. Kalau jalan berbukit, banyak berhenti atau bawa laju, jarak sebenar boleh jadi lebih pendek.

Ramai yang ‘berani mati’ tunggu sampai lampu minyak menyala baru nak isi. Tapi sebenarnya, tabiat ni boleh rosakkan fuel pump kereta dalam jangka masa panjang.

Jadi, seeloknya jangan tunggu sampai lampu berkelip baru nak isi minyak.

BACA: Mesej Dalam Gmail ‘Ghaib’, Ini Cara Nak Dapatkan Balik

Sumber: TikTok @altimatsaujana