Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Menyusul ‘Pergi’ Selepas Empat Hari Isteri Meninggal

Hannah
suami isteri meninggal
Gambar: Wan Samira/FB

Suami Menyusul ‘Pergi’ Selepas Empat Hari Isteri Meninggal

Nahas yang berlaku di Machang, Kelantan pada 19 Oktober lalu kembali menjadi sorotan apabila suami kepada mangsa wanita yang maut dalam kejadian itu turut meninggal dunia pagi tadi.

Lapor media tempatan, kemalangan yang berlaku berhampiran Perumahan PPR Bukit Belah itu melibatkan dua kenderaan, iaitu Toyota Vios dan Proton Exora.

Insiden tersebut telah meragut nyawa seorang wanita hamil dikenali sebagai Wan Farahana.

Ketika kejadian, mangsa menaiki kenderaan bersama suaminya, Nurihsan Nordin, serta dua anak kecil mereka. Bagaimanapun, suami dan anak-anaknya dilaporkan selamat dan hanya mengalami kecederaan.

Difahamkan, Nurihsan baru sahaja pulang ke rumah semalam selepas mendapatkan rawatan di hospital dan sempat bertemu anak-anak serta ahli keluarga.

Namun, pagi ini, beliau dilaporkan meninggal dunia. Berita pemergian Nurihsan dikongsikan sendiri oleh saudara terdekat menerusi laman Facebook.

Berita pemergian itu turut dibanjiri komen di media sosial, dengan ramai yang menitipkan ucapan takziah buat keluarga mangsa.

BACA: Gelandangan Maut Ditolak Ke Dalam Saluran Air, Rakan Senegara Ditahan

Sumber: Wan Samira/FB