Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Sangat Menarik & Artistik”, Trump Puji Tandatangan PM Anwar

Sumber: The White House

“Sangat Menarik & Artistik”, Trump Puji Tandatangan PM Anwar

Donald Trump dilapor memuji tandatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai sangat menarik dan artistik.

Presiden Amerika Syarikat memberikan komen itu ketika kedua-dua pemimpin berkenaan menandatangani dokumen dalam pertemuan bilateral di Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini.

“Perdana Menteri Malaysia memiliki tandatangan yang sangat menarik. Lihatlah tandatangan ini, ia sangat berbeza dan sangat bagus. Sangat artistik,” kata Trump.

Komen bersahaja itu kemudian disambut dengan hilai tawa daripada delegasi yang menyertai acara tersebut.

“Tidaklah semenarik tandangan anda,” balas Anwar sambil ketawa.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur melibatkan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di luar Sidang Kemuncak ASEAN.

Perjanjian damai tersebut amat penting dan menjadi tanda ke arah menamatkan konflik bersenjata di sempadan melibatkan kedua-dua belah negara.

Sumber: The White House