Converse Malaysia Meraikan All Star Kelas 2026
Converse Malaysia secara rasmi menyambut kehadiran All Star Kelas ’26 dalam sebuah pertemuan kreatif yang santai, direka khusus untuk menghubungkan ahli baharu dengan jenama, komuniti, dan laluan sebenar bagi mencipta dan berkongsi karya yang memberi impak. Acara ini menggabungkan sesi pengenalan program, perkongsian secara langsung, kehadiran media, serta penghasilan kandungan untuk memulakan tahun mereka dengan arah dan momentum yang jelas.

“Program Converse All Star diwujudkan untuk memperkasakan pencipta baharu dengan akses kepada pembelajaran, kerjasama, dan peluang menghasilkan karya yang berkualiti,” kata wakil rasmi Converse Malaysia. “Kelas ’26 menghimpunkan bakat dari bidang ilustrasi, muzik, filem, fesyen dan skate. Tugas kami adalah untuk menyokong perkembangan mereka, memperkasakan penceritaan mereka, dan mengekalkan ruang yang selamat serta inklusif untuk kreativiti.”

Sesi pengenalan turut menjelaskan jangkaan program merangkumi tatakelakuan peserta, garis masa, kualiti hasil tugasan, dan ketelusan dalam penyertaan. Setiap All Star menyertai segmen perkongsian bersama dua figura kreatif tersohor iaitu Jayee a.k.a. MonKiddo, ilustrator dan pengarah seni yang terkenal dengan watak watak imaginatif yang menggambarkan budaya kerja harian secara kreatif dan bersahaja.
Dr. Kamal Sabran, artis, penyelidik dan akademik di sebalik projek Space Gambus Experiment, diiktiraf kerana gabungan alat muzik tradisional Malaysia dengan elemen bunyi elektronik serta kajiannya dalam hubungan antara seni, bunyi dan kesejahteraan.

Bagi meraikan komuniti dan budaya melalui movement, acara ini turut menayangkan video Love Chuck Skate Tour, sebahagian daripada kempen rantau oleh Converse, yang merakam perjalanan merentas Malaysia dan Singapura – menonjolkan lokasi papan selaju (‘skateboarding’) tersembunyi, komuniti tempatan, dan hubungan yang terjalin sepanjang perjalanan.

Malam diteruskan dengan persembahan langsung oleh Space Gambus Experiment yang menggabungkan elemen bunyi tradisional tempatan dengan muzik elektronik moden untuk pengalaman audio yang mendalam. Acara diakhiri dengan persembahan kumpulan The ExAct, yang menyampaikan set muzik alternatif dan indie dengan penuh tenaga untuk para All Star dan tetamu.

“Converse percaya bahawa kreativiti berkembang melalui komuniti,” tambah wakil rasmi Converse Malaysia. “Dengan menghubungkan All Star kepada mentor, rakan seangkatan (‘peers’) dan projek sebenar, kami membantu mereka menemui suara dan audiens mereka. Kami tidak sabar untuk melihat hasil karya Kelas ’26 nanti.”