Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lima Sukarelawan Bulan Sabit Merah Terbunuh Di Tengah Sudan
GENEVA, (Bernama) — Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh ketika menjalankan misi rasmi di Sudan, menurut Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
IFRC berkata kelima-lima mereka terbunuh ketika bertugas di bandar Bara, Kordofan Utara sebagai sebahagian daripada pasukan pengagihan makanan, manakala tiga lagi dilaporkan hilang.
IFRC menegaskan bahawa petugasnya di Bara mudah dikenal pasti dengan jelas, sambil menyatakan dalam satu kenyataan bahawa mereka “memakai ves Bulan Sabit Merah yang sepatutnya memberikan mereka perlindungan sepenuhnya.”
“Kami berasa ngeri, terkejut dan amat sedih” dengan insiden pembunuhan itu,” menurut IFRC.
Bagaimanapun, pertubuhan induk itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai pihak yang melakukan serangan.
Di Sudan, seramai 21 kakitangan telah terbunuh sejak pertempuran antara pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dan tentera Sudan bermula pada 2023, menurut persekutuan itu. Di seluruh dunia, pergerakan Palang Merah telah kehilangan 25 rakan sekerja tahun ini, katanya.
Sumber: Bernama
BACA: PM Anwar Duduki Tangga Ke-10 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Dunia
BACA: Hati-hati, Ini Cara Selamat Lindungi Data Anda Setiap Kali Guna ChatGPT
BACA: Polis Tahan Lelaki Disyaki Bakar Rumah Keluarga Sendiri Di Pengkalan Hulu