Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Anak Buat Laporan Polis Terhadap Ibu Kandung
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Malang, Indonesia dilaporkan telah membuat laporan polis terhadap ibu kandungnya sendiri, menurut Kompas.com.
Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Kasihumas Polres Malang, AKP Bambang Subinajar, remaja itu membuat laporan melalui talian kecemasan 110 pada Sabtu.
Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis dari Balai Polis Tumpang segera bergegas ke kediaman mereka bagi menjalankan siasatan.
“Hasil siasatan mendapati tindakan si ibu, 45, bukanlah bertujuan untuk mencederakan anaknya. Tetapi, kerana rasa marah dan kecewa terhadap sikap anak yang enggan mengemas tempat tidur,” jelas Bambang.
Menurut beliau, kejadian bermula apabila si ibu meminta si anak melipat selimut dan mengemas cadar tempat tidur. Namun, remaja itu tidak mengendahkan arahan tersebut dan terus leka bermain telefon bimbit.
“Disebabkan terlalu marah, si ibu kemudian memukul anaknya sebanyak tiga kali menggunakan penyapu, menyebabkan lebam ringan pada bahagian tangan dan paha,” katanya.
Selepas kejadian itu, si anak dikatakan meninggalkan rumah untuk bekerja di kebun. Tidak disangka, si anak bertindak melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis.
Susulan laporan itu, polis memanggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan.
“Hasilnya, kedua-duanya akhirnya berdamai dan bersetuju menyelesaikan perkara tersebut secara kekeluargaan. Kami juga menasihatkan si anak agar lebih berdisiplin dan menghormati ibu bapa,” tambah Bambang.
Kes tersebut dianggap selesai selepas kedua-dua pihak saling memaafkan dan berjanji untuk tidak mengulangi perkara sama pada masa akan datang.
BACA: Takut Keluar Malam, Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan
Sumber: Kompas.com