Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pembedahan Bariatrik Bukan Untuk Semua, Ini Penjelasannya

Azizah Najib
pembedahan bariatrik
Kredit: AI/Gemini

Pembedahan Bariatrik Bukan Untuk Semua, Ini Penjelasannya

Isu berat badan sering menjadi perbualan hangat tanpa mengira usia dan jantina.

Berat badan yang berlebihan tidak hanya membuatkan anda gagal mendapat bentuk badan ideal. Malah, turut memberi kesan terhadap kesihatan diri.

Anda mungkin sudah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan namun tiada hasil membuatkan anda terfikir menjalani pembedahan membuang lemak.

Dalam pencarian, terjumpa pula rawatan berat badan melalui pembedahan bariatrik. Nampak macam mudah, hanya buang sebahagian perut yang ‘buncit’, berat badan dapat dikurangkan.

Tapi tahukah anda, rawatan ini tidak semudah yang disangka dan ia bukan untuk semua. Hanya individu tertentu yang melepasi syarat sahaja boleh meneruskan rawatan bariatrik.

Malah, pembedahan bariatrik mempunyai kesan sampingan yang mungkin mengubah cara hidup anda untuk jangka masa panjang.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari ikuti penjelasan daripada Hello Doktor berikut.

Apakah itu pembedahan bariatrik?

Pembedahan bariatrik adalah istilah yang digunakan untuk semua jenis pembedahan bertujuan menurunkan berat badan.

Apa pun jenis pembedahan yang dilakukan, semuanya mengandungi prinsip yang sama iaitu salah satu daripada dua kaedah ini atau kedua-duanya iaitu mengurangkan kapasiti perut dan mengurangkan serapan makanan oleh usus.

Memandangkan pemakan dan senaman semata-mata tidak mampu menurunkan berat badan, pembedahan ini membantu mencapai tujuan tersebut berasaskan prinsip yang disebutkan di atas.

Prosedur boleh dilakukan menggunakan kamera dengan potongan kulit yang minimum atau dengan kaedah membuka bahagian tengah abdomen.

Antara jenis pembedahan bariatrik adalah Roux-en-Y, Billiopancreatic diversion with duodenal switch, Laparoscopic adjustable gastric banding (LAGB), dan Sleeve gastrectomy.

Siapa yang harus menjalaninya?

Secara amnya, pembedahan ini mungkin menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) 40 atau lebih dan individu yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) antara 35 hingga 39.9 bersama risiko kesihatan seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan apnea tidur.

Kadangkala ia mungkin juga dijalankan bagi BMI 30 jika berisiko tinggi.

Perlu diingat bahawa pembedahan ini bukan bertujuan kecantikan atau kosmetik seperti pembedahan sedut lemak (liposuction surgery). Ia adalah untuk mengurangkan risiko kesihatan. Ia juga hanya boleh dilakukan selepas usaha melalui perubahan gaya hidup gagal.

Tidak semua orang yang mempunyai BMI tinggi layak menjalani prosedur ini. Seseorang perlu menjalani ujian saringan untuk memastikan dirinya sesuai bagi pembedahan ini.

Adakah terdapat risiko?

Setiap prosedur dan pembedahan mempunyai risiko tertentu, begitu juga pembedahan bariatrik. Namun, risiko yang ada adalah lebih kecil berbanding manfaat yang diperoleh.

Memandangkan pembedahan ini mengubah struktur asal perut dan usus, antara komplikasi yang mungkin berlaku ialah usus tersumbat, cirit-birit, mual dan muntah (sindrom Dumping).

Batu karang hempedu, angin pasang, hipoglisemia juga malnutrisi. Begitu juga ulser, perut bocor dan maut (sangat jarang).

Selepas pembedahan, disiplin dan gaya hidup baru harus diamalkan. Ini termasuk cara dan jenis pemakanan serta meninggalkan tabiat kurang sihat seperti merokok dan alkohol.

Sila berbincang dengan doktor berkenaan persediaan dan perancangan selepas pembedahan.

BACA: Jarang Didengari, Ketahui Khasiat Kopi Hijau Kepada Tubuh Badan

BACA: Rambut Cepat Rosak? Mungkin Sebab 5 Perkara Ini Yang Selalu Wanita Bertudung Buat

BACA: Anak Ketagih Tengok TikTok, Ibu Bapa Perlu Waspada Risiko Ini

Sumber: Hello Doktor