Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai Pemandu Tak Sedar, Mekanik Kongsi Tanda Awal Alternator Rosak
Kereta merupakan salah satu kemudahan penting dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Dengan perkembangan pesat dunia moden, kenderaan ini bukan lagi dianggap sebagai lambang kemewahan, sebaliknya telah menjadi satu keperluan asas bagi kebanyakan individu dan keluarga.
Ia memudahkan pergerakan harian, sama ada untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, mahupun melakukan aktiviti harian yang lain.
Namun begitu, lumrah ciptaan manusia, pasti ada hari di mana kenderaan anda akan meragam tanpa sebab, kan?
Misalnya, kereta tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Apabila situasi itu berlaku, sudah tentu tergendala semua urusan pada hari tersebut dan menambah lagi beban yang sedia ada apabila perlu mengeluarkan wang untuk kos pembaikan.
Situasi ini mungkin berpunca daripada kerosakan pada alternator, terutamanya jika bateri kereta masih baru atau baru sahaja diganti.
Jika alternator mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan, prestasi kenderaan boleh terjejas. Jadi, SK hari ini ingin kongsikan tanda-tanda yang menunjukkan alternator kereta anda mungkin hampir rosak.
Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @Altimat Auto Garage.
Menurut @Altimat Auto Garage, fungsi alternator sangat penting kerana ia membekalkan cas kepada bateri kereta bagi memastikan sistem elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna.
“Apabila alternator gagal berfungsi, bateri tidak menerima cas dan lampu amaran bateri akan menyala sebagai tanda awal kerosakan,” kata mekanik itu.
Berikut antara simptom yang boleh membantu anda mengenal pasti sama ada alternator kereta sedang bermasalah atau hampir rosak.
Menurut @Altimat Auto Garage, apabila alternator gagal membekalkan arus elektrik mencukupi, sistem seperti penghawa dingin, radio dan tingkap kuasa akan menjadi perlahan atau tidak berfungsi dengan baik.
Selain itu, bekalan elektrik menjadi tidak stabil apabila alternator dalam keadaan lemah. Akibatnya, lampu utama atau lampu dalaman kereta akan kelihatan malap ataupun berkelip.
“Sekiranya alternator anda mula menunjukkan simptom seperti yang dinyatakan, anda disarankan untuk membawa kenderaan ke bengkel berhampiran bagi tujuan pemeriksaan dan menggantinya jika didapati bermasalah,” kata mekanik lagi.
Lebih membimbangkan, kereta boleh mati sepenuhnya semasa dipandu jika tidak dikesan awal, sekali gus membahayakan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya lain.
Sumber: @Altimat Auto Garage