Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rapid KL Umum Laluan Putrajaya Hadapi Gangguan Susulan Pencerobohan Landasan

Athirah
Kredit: MRT Corp

Rapid KL Umum Laluan Putrajaya Hadapi Gangguan Susulan Pencerobohan Landasan

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali rel Rapid KL hari ini memaklumkan bahawa perkhidmatan Laluan Putrajaya sedang menghadapi gangguan jadual.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook, gangguan itu berlaku susulan insiden pencerobohan landasan antara Stesen Sri Damansara Barat dan Stesen Sri Damansara Sentral pada kira-kira jam 2.24 petang tadi.

Bagi menjamin keselamatan penumpang, bekalan kuasa di antara kedua stesen tersebut telah diputuskan.

Dalam pada itu, Rapid Rail turut mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara bagi memudahkan perjalanan penumpang:

  • Tren perantara menggunakan satu landasan antara Stesen Kwasa Damansara dan Stesen Sungai Buloh.

  • Bas perantara percuma disediakan di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Kepong Baru.

  • Tren dari Stesen Putrajaya Sentral akan berpatah balik di Stesen Kepong Baru.

“Pasukan polis bantuan Pasarana kini berada di lokasi kejadian untuk menyiasat pencerobohan dan mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam cubaan mencuri kabel gentian optik,” kata kenyataan itu.

Rapid KL turut memaklumkan bahawa petugas stesen telah ditempatkan di platform dan ruang legar stesen untuk membantu penumpang, bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan perjalanan terjamin.

Sehubungan itu, penumpang dinasihatkan untuk merujuk pada laman media sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini.

“Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama daripada semua pengguna,” ujar kenyataan lagi.

BACA: Bukan Waktu Kerja Pun Boleh “Claim”, Ini Antara 10 Situasi Nak Fahamkan Tentang Skim LINDUNG 24/7
BACA: Takut Keluar Malam, Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

Sumber: Rapid KL