Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Usahasama ikhlas.com, Institusi Zakat Penuhi Keperluan Jemaah Umrah 1,000 Asnaf
Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) meneruskan siri usahasama strategik bersama institusi zakat negeri bagi menyediakan tajaan yang lebih menyeluruh kepada para jemaah asnaf fakir dan miskin terpilih menerusi kempen Umrah 1,000 Asnaf.
Inisiatif ikhlas.com dengan misi menaja seramai 1,000 individu asnaf fakir dan miskin untuk melaksanakan ibadah umrah.
Di samping itu, mereka turut mendapat sokongan data asnaf daripada badan-badan zakat di seluruh negara bagi melengkapkan lagi keperluan mereka sebelum berangkat ke tanah suci. Antara bantuan yang diterima termasuk penyediaan dokumen perjalanan, suntikan vaksinasi, kelengkapan umrah dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, “Kami amat berbesar hati dengan sokongan padu badan-badan zakat negeri dalam merealisasikan impian golongan asnaf fakir dan miskin untuk menunaikan umrah. Usaha ini sejajar dengan misi kami untuk memperluas impak sosial melalui kewangan Islam berteraskan teknologi.”
Kempen Umrah 1,000 Asnaf yang dilancarkan pada 19 Mac 2025 merupakan misi mengenal pasti dan memberi tajaan pakej umrah kepada golongan asnaf fakir dan miskin terpilih berdasarkan kriteria kelayakan tertentu.
Ikhlas berkata, “Melalui kerjasama strategik seperti ini, kami ingin menunjukkan bagaimana teknologi boleh menjadi pemangkin kepada impak sosial yang lebih besar bagi memudahkan urusan kebajikan dan memperluas capaian manfaat kepada komuniti asnaf di seluruh negara.”
Sumber: AirAsia
BACA: Tak Sengaja, Wanita Terjumpa Rahsia Bau “Softener” Kekal Pada Baju
BACA: Kelaparan Tersembunyi Di Malaysia: Tinjauan Kesihatan Terbaharu Dedahkan Tentang Cara Kita Makan
BACA: Sempat Minta Anak-anak Balik, Mak ‘Pergi’ Lepas Titip Pesan Terakhir