Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mudahkan Urusan, Lelaki Bina Laman Web ‘Poster Takziah’
Setiap kali mendengar perkhabaran duka mengenai kematian, tentunya poster hitam memenuhi ruang media sosial.
Bagaimanapun, dalam waktu yang bercampur-baur emosi kadangkala tidak semua sempat menyiapkan poster takziah dengan segera untuk disebarkan.
Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna Threads, tentang projeknya yang dikenali sebagai TAKZIAH.
Menurut Threads @abualif120, tujuan laman web berkenaan dibina adalah bagi memudahkan urusan pengguna membuat poster takziah bagi orang yang meninggal dunia.
Kongsinya di platform itu, beliau memulakan projek tersebut kerana pernah berdepan situasi di mana tidak sempat buat poster semasa ada ahli keluarganya yang meninggal dunia.
“Dulu pernah ahli keluarga meninggal. Tak sempat buat. Pernah juga hampir kehilangan orang tersayang. Masa tu menggelabah nak buka Canva bagai + nak cari gambar,” katanya.
Dalam masa yang sama, dia berharap laman web yang diperkenalkan ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
“Semoga projek kecil ini dapat digunakan sebaiknya,” luahnya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan terima kasih dengan ciptaan laman web berkenaan.
“Semoga ramai dapat manfaat,” komen seorang pengguna.
Sumber: Threads @abualif120