Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Thailand Umum Cuti Lima Hari Sempena Tahun Baharu
BANGKOK — Kabinet Thailand mengumumkan telah meluluskan cuti panjang selama lima hari sempena sambutan Tahun Baharu, bermula dari Rabu, 31 Disember 2025 sehingga Ahad, 4 Januari 2026, lapor Bangkok Post.
Difahamkan, penambahan cuti itu (31 Disember 2025, 3 dan 4 Januari 2026) sebagai usaha kerajaan merangsang sektor pelancongan domestik dan menghidupkan kembali ekonomi negara itu.
Kementerian Pelancongan dan Sukan menyambut baik langkah itu dan menyifatkan bahawa cuti panjang berkenaan dijangka meningkatkan pergerakan pelancong dalam negara.
Ia sekali gus membuka peluang kepada sektor perhotelan, pengangkutan dan peniaga tempatan yang masih berusaha pulih daripada tekanan ekonomi global.
“Cuti tambahan ini bukan hanya sekadar sambutan. Ia adalah langkah strategik bagi merancakkan sektor pelancongan dan menggalakkan perbelanjaan rakyat.
“Kami menjangka peningkatan ketara dalam tempahan hotel, penggunaan pengangkutan awam dan aktiviti perdagangan domestik,” kata jurucakap kerajaan dalam kenyataan.
BACA: Lindung 24/7: 10 Juta Pekerja Formal Bakal Nikmati Perlindungan Menyeluruh – KESUMA
Meskipun pada 2 Januari 2026 akan diiktiraf sebagai cuti bank, yang mana institusi kewangan di seluruh negara akan ditutup. Namun begitu, sektor swasta mempunyai budi bicara sama ada untuk mengikutinya atau tidak.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand dijangka melancarkan beberapa kempen promosi dalam tempoh terdekat.
Ia termasuk tawaran pakej percutian dan penganjuran acara khas di lokasi pelancongan utama bagi memanfaatkan cuti panjang tersebut.
Sebelum ini, SK melaporkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menerusi laporan World Economic Outlook (WEO) mendedahkan Thailand kini berdepan dengan cabaran ekonomi selepas negara itu kini sebagai antara ekonomi paling perlahan di rantau Asia Tenggara
Menurut laporan tersebut, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand dijangka hanya 1.6 peratus pada tahun 2026.
Ia menjadikan peratusan terendah dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN (sebelum kemasukan Timor-Leste), dan kedua terendah di Asia selepas Jepun (0.6 peratus).
Difahamkan, ekonomi negara itu diunjurkan berkembang sekitar 2.0 peratus jauh di bawah purata negara anggota lain pada tahun ini.
Sumber: Bangkok Post