Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan OKU Dicabul Rakan Sekelas
KUALA LUMPUR, 8 November (Bernama) — Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Cheras, di sini pada Selasa lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
“Satu laporan polis sudah diterima dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat ini, polis belum memaklumkan peruntukan undang-undang yang digunakan dalam siasatan dan sama ada akan membuat sebarang tangkapan atau merakam keterangan bagi membantu siasatan.
Difahamkan kejadian itu disedari ibu mangsa selepas remaja berusia 16 tahun itu memaklumkan bahawa seorang pelajar lelaki menariknya masuk ke dalam tandas sebelum bertindak mencabulnya.
Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri dan keluar dari kawasan sekolah sebelum memaklumkan kejadian kepada ibunya.
Susulan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut.
Sumber: Bernama
BACA: KTMB Sahkan Insiden Komuter Terlajak Di Platform 4 Stesen Butterworth
BACA: Lelaki Maut Ditembak Di Stesen Minyak
BACA: Perintis Penemuan Struktur DNA, James Watson Meninggal Dunia