Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Lelaki Tak Bercerita, Tahu-tahu ‘Buat Hal’

Hannah
lelaki buat hal
Gambar: TikTok @milolaici
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lelaki Tak Bercerita, Tahu-tahu ‘Buat Hal’

Macam biasa, lelaki Malaysia ni memang ada perangai unik mereka. Kalau di rumah, mungkin muka serius memanjang, kadang ada juga “mode” bergurau.

Tapi bila keluar dengan kawan-kawan, terus jadi lain macam. Gelak kuat, gurau tak berhenti, suasana automatik jadi kecoh. Kadang-kadang cara mereka bergurau tu cuma geng sendiri je yang faham.

“Lelaki ni simple je. Bagi je idea. Nanti dia buat lebih dari idea yang kau bagi…”

Itulah kisah dua lelaki yang baru-baru ni tular di media sosial selepas gelagat “random” mereka dirakam di halaman rumah pada waktu malam.

Walaupun video tu kelihatan biasa, siapa sangka aksi mereka berjaya menceriakan ribuan penonton.

Dengan berbekalkan lampu suluh yang dihalakan ke atas jalar tar, aksi mereka membuatkan ramai penonton merasa terimbau nostalgia zaman kanak-kanak.

Mana tidaknya, kedua-dua lelaki ni melakonkan semula intro ikonik watak Mr. Bean. Gaya mereka meniru adegan klasik tu berjaya membuat ramai orang ketawa besar.

Bak kata netizen, mungkin inilah ‘kegiatan’ kaum adam bila telef0n bimbit masing-masing tengah cas.

Betullah kata orang, lelaki ni sebenarnya tak rumit pun. Cukup sekadar bagi idea, nanti mereka akan “upgrade” idea tu jadi sesuatu yang lagi luar biasa. Kadang-kadang, di luar jangkaan kita.

“Laki tak bercerita tapi tahu-tahu jadi Mr. Bean…”

Menjengah ke ruangan komen, memang ramai yang tak tahan ketawa dengan gelagat dua sahabat ni.

“Kalau dibiarkan maunya jadi cerita terus.”

“Lelaki bila fon dia tengah cas.”

“Biarkan je mcm ni. Asalkan tak demam…”

“Wife: Laki aku ni tak balik-balik mesti jumpa perempuan lainlah ni.”

“Dengan kawan-kawan je dia macam ni… Kalau dekat rumah dia serius.”

BACA: “Disuruh buat susu anak…” – Suami ‘Mamai’ Bawa Benda Lain Masuk Bilik

Sumber: TikTok @milolaici