Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Malam Terlarang Raih Kutipan RM5 Juta, Terus Kekal Di Carta No.1

Athirah
Malam Terlarang
Kredit: Astro Gempak

Malam Terlarang Raih Kutipan RM5 Juta, Terus Kekal Di Carta No.1

Filem seram Malam Terlarang kini mencatat kutipan mencecah RM5 juta, sekali gus kekal berada di tangga teratas carta Top Movies GSC sejak mula ditayangkan pada 30 Oktober lalu.

Perkara itu diumumkan menerusi perkongsian di Instagram rasmi Astro Shaw, semalam.

Menampilkan gandingan pertama kali dua pelakon hebat, Zul Ariffin dan Sofia Jane, filem arahan Nurhanisham Muhammad (Labu) itu turut dibintangi Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.

Berlatar era 1980-an, Malam Terlarang mengangkat kisah mistik dan ritual Nusantara yang disulami mesej kekeluargaan serta pengorbanan manusia demi kemahuan duniawi.

Buat mereka yang belum menonton filem ini, jangan lepaskan peluang untuk menonton Malam Terlarang yang kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Ramai puji Malam Terlarang, setanding filem antarabangsa

Sebelum ini, Astro Gempak melaporkan bahawa filem berkenaan menerima pujian tinggi daripada penonton dan penggiat industri filem tempatan selepas tayangan gala berlangsung.

Salah seorang penonton, ZRain Ishak menyifatkan naskhah ini sebagai penanda aras baharu dalam genre seram Asia, malah mampu berdiri sama tinggi dengan karya antarabangsa seperti Hereditary, Bring Her Back dan Weapons dari studio A24.

“Saya sangat terpukau dengan Malam Terlarang selepas tayangan gala. Ini adalah sebuah thriller seram surreal yang bukan sahaja melangkaui jangkaan tetapi juga menetapkan penanda aras baharu yang mengagumkan untuk genre ini, memberikan saingan sengit kepada karya kontemporari antarabangsa seperti Hereditary, Bring Her Back dan Weapons dari A24, serta yang lain.

“Kualiti yang paling terbaik pada filem ini ialah nilai produksi yang kualiti luar biasa tingginya, persis apa yang kita harapkan selalu daripada Penerbit Eksekutif Raja Jastina Raja Arshad dan diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Berhad dan Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai dari Infinitus Gold Sdn Bhd.

“Kecemerlangan teknikal ini disusuli oleh tangan berwawasan Pengarah dan Sinematografer Labu (Nurhanisham Muhammad). Penggunaan fast cuts, imbasan semula (flashback) surreal yang mengelirukan, dan penjelmaan semula (re-instances) yang dikendalikannya secara mahir telah mewujudkan irama yang unik, berkesan, dan mengganggu, mengangkat penceritaan melebihi ketakutan konvensional,” tulisnya.

BACA: Takut Keluar Malam, Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

Sumber: Astro Gempak