Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Isu 40 Peratus Hasil: Tiada Rayuan, Rundingan Dimulakan Segera

Hannah
Isu 40 Peratus Hasil
Gambar: BERNAMA

Isu 40 Peratus Hasil: Tiada Rayuan, Rundingan Dimulakan Segera

Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil, seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC), keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang diadakan pada 11 November 2025 bagi membincangkan penghakiman mahkamah berhubung permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS) terhadap Kerajaan Malaysia.

AGC menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip Pemberian Khas 40 peratus hasil seperti termaktub dalam Perlembagaan. Justeru, kerajaan bersetuju tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan. Sebaliknya, rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Pada mesyuarat sama, Peguam Negara telah memberikan nasihat dan pandangan kepada Jemaah Menteri berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman tersebut.

“Antaranya dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan. Dakwaan ini bakal membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sejak tahun 1974.

“Selain itu, Alasan Penghakiman juga menyatakan bahawa Kajian Semula selepas tahun 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional, terdapat ketidakaturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran.

“Kerajaan Persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman tersebut,” tambah kenyataan itu.

Sumber: Jabatan Peguam Negara