Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Suami Berang, Naik Tangan Pada Isteri ‘Kaki Selfie’
Seorang lelaki di wilayah Sumatera Selatan, Indonesia dilaporkan telah ditahan selepas bertindak memukul isterinya kerana berang dengan sikap wanita itu yang gemar memuat naik gambar swafoto di laman Facebook.
Menurut Must Share News, kejadian keganasan rumah tangga itu berlaku di kediaman pasangan berkenaan di Daerah Pemulutan Selatan, Kabupaten Ogan Ilir pada 30 Oktober lalu.
Ketua Unit Siasatan Jenayah di Polis Ogan Ilir, Asisten Komisioner Mukhlis berkata, suspek menjadi marah kerana mangsa kerap memuat naik gambar narsisistik di laman Facebook.
Ketika kejadian, mangsa yang berusia 51 tahun sedang duduk di bilik mereka sambil memegang telefon bimbit.
Dalam masa sama, suspek menghampirinya lalu meminta telefon itu, namun mangsa enggan menyerahkannya.
Mukhlis berkata, pertengkaran tercetus sebelum suspek merampas telefon bimbit berkenaan daripada tangan isterinya secara paksa.
“Berlaku pergelutan antara mereka lalu suspek memukul mangsa, menyebabkan mangsa mengalami lebam dan bengkak di mukanya,” jelas beliau lagi.
Must Share News melaporkan mangsa dibawa ke hospital oleh jirannya untuk menerima rawatan, manakala suspek ditahan di rumahnya untuk disoal siasat.
Sumber: Must Share News