Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

ZUS Coffee Kongsi Kenyataan Rasmi Terkini Kes Tular Libatkan Zurista

Athirah
ZUS Coffee Kongsi Perkembangan Terkini
Kredit: Zus Coffee

ZUS Coffee Kongsi Kenyataan Rasmi Terkini Kes Tular Libatkan Zurista

Rangkaian jenama kopi tempatan terkemuka, ZUS Coffee hari ini mengemas kini perkembangan mengenai Zurista, yang terlibat dalam kes tular pada 9 November lalu.

Menerusi hantaran ZUS Coffee di Facebook, pihaknya memaklumkan bahawa Zurista tersebut masih kekal dalam syarikat itu.

“Zurista yang terlibat kekal bersama kami dan kini sedang mengambil cuti bergaji untuk pulih daripada insiden tersebut. Kesejahteraannya kekal menjadi keutamaan kami,” kata hantaran itu.

ZUS Coffee menyedari pelanggan mempunyai jangkaan berbeza dan pihaknya memanfaatkan peluang ini untuk memperkukuh latihan serta sistem sokongan, bagi membina budaya kerja yang mampu menangani cabaran dengan profesionalisme dan empati.

Insiden itu dilaporkan memberi kesan kepada kesejahteraan mental, malah pihak ZUS Coffee meminta komuniti dalam talian membantu memadam hantaran yang mendedahkan identiti.

Difahamkan, penyebaran berterusan boleh memberi kesan nyata dan berpanjangan.

“Di ZUS, kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku agresif dan kami komited untuk memastikan premis kami kekal selamat dan komuniti,” ujar hantaran lagi.

BACA: Budak 7 Tahun Dah Pandai ‘Coding’, Mak Ayah Pastikan Anak Ada ‘Basic Skill’ Ni Sebelum Habis Sekolah

Kenyataan rasmi ZUS Coffee berhubung kes video tular

Sebelum ini, SK melaporkan ZUS Coffee mengeluarkan kenyataan susulan penularan sebuah video di media sosial yang memaparkan insiden di salah satu cawangannya semalam.

Menerusi hantaran ZUS Coffee di Facebook, pihak ZUS Coffee telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjalankan siasatan menyeluruh dan sentiasa berada di sisi pekerja mereka.

“Bekerja dalam industri perkhidmatan bukan mudah, dan perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku. Kita hanyalah manusia mencuba yang terbaik,” kata hantaran itu.

Pihak ZUS Coffee turut menggesa semua pihak untuk menghormati privasi mereka yang terlibat dan mengelakkan diri daripada berkongsi atau menyiarkan semula video yang menunjukkan individu terlibat tanpa kebenaran.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menyebarkan kenyataan palsu bagi memastikan proses siasatan dijalankan secara telus dan teliti.

“Zurista kami kini sedang berehat dan memulihkan diri daripada insiden tersebut. Kami berharap semua pihak dapat memberi ruang dan masa, sementara kami meneliti perkara ini dengan penuh perhatian,” jelas hantaran itu.

Menerusi ruangan komen, pihak ZUS Coffee menjelaskan bahawa dakwaan pemberhentian Zurista adalah tidak benar.

“Kami berharap semua pihak dapat memberikan ruang dan pemahaman yang diperlukan oleh beliau sewaktu proses pemulihan daripada insiden ini

“Elakkan daripada menggalakkan tingkah laku agresif serta menyebarkan maklumat palsu,” ujar pihaknya.

BACA: Jambatan Di China Dilapor Runtuh Selepas Beberapa Bulan Dibuka

Sumber: ZUS Coffee via Facebook